awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular serangan balai polis hanya latihan simulasi

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2024
09:20 MYT
Video tular serangan balai polis hanya latihan simulasi
Video tular kononnya berlaku serangan balai polis sebenarnya merupakan latihan amal simulasi gemparan am Kontinjen Johor.
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan am membabitkan semua balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, latih amal itu dilaksanakan bermula 2 Julai lalu hingga 5 Ogos depan mengikut perintah tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A124).
"Simulasi latih amal ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan perancangan dan tindakan Polis Johor dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.
"Selain itu, ia bertujuan memastikan semua pegawai dan anggota Polis Johor dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi situasi krisis," katanya dalam kenyataan akhbar pada Sabtu.
Kumar berkata demikian sebagai mengulas video yang tular berdurasi 13 saat di Telegram memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata 'menyerang' sebuah balai polis.
Video memperlihatkan sekumpulan lelaki membawa senjata dipercayai kayu atau besi seakan-akan sedang 'menyerang' Balai Polis Pekan Nenas, Pontian.
Justeru, beliau meminta orang ramai tidak panik dengan khabar angin berkaitan video latih amal yang ditularkan melalui media sosial itu.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu berkaitan latih amal ini kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serangan balai polis
#Simulasi
#video tular
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan