awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular tunjuk Empangan Sibol pecah tidak benar

Bernama
Bernama
03/01/2021
21:01 MYT
Video tular tunjuk Empangan Sibol pecah tidak benar
Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.
JOHOR BAHRU:Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora, di sini, pada Ahad.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hasil semakan mendapati tidak wujud Empangan Sibol di daerah berkenaan.
"Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ni adalah merupakan lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B," kata beliau.
Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.
Selain itu, beliau juga mengesahkan tiada jalan raya yang dinaiki air akibat dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari laluan jalan raya.
Dalam video yang berdurasi 19 saat, kelihatan sebuah kolam didakwa empangan itu telah pecah dan airnya mengalir masuk ke ladang kelapa sawit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Empangan Sibol
#Tular
#Semak Fakta
#Kota Tinggi
#Johor Bharu
#media sosial
#Facebook
#WhatsApp
#Media
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan