KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Muhamad Hakim Ramlee menafikan dirinya adalah "Mr H".
Muhamad Hakim yang juga dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee, berkata tuduhan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, yang mengaitkan dirinya sebagai Mr H, disifatkan sebagai sangat berniat jahat.
"Saya tak boleh beri kenyataan lanjut kerana dituduh oleh Raja Petra. Saya pun tak tahu, saya rasa (Mr H) bukan saya kot, salah orang ini.
"Saya tak boleh beri pandangan lanjut mengenai perkara ini dan sudah dinasihatkan tidak berbuat demikian.
"Namun, saya nafikan (dakwaan Raja Petra). Apa kena mengena dengan saya pula?," katanya seperti dilapor Berita Harian pada Ahad.
BACA: Video disunting, komplot jatuhkan imej - Mohammad Agus
Dia berkata demikian mengulas dakwaan Raja Petra, bahawa ahli PKR itu adalah dalang yang menerbitkan rakaman video berunsur lucah, membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Dalam entri di aplikasi X, Raja Petra turut memuat naik poster pelantikan Muhamad Hakim ke jawatan Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM yang turut disertakan dengan logo PKR.
Menjawab lanjut, Muhamad Hakim berkata dia juga tidak tahu mengapa boleh dikaitkan dengan "Mr H", selain menegaskan ia bersifat sangat rambang.
"Saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?," tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Berita Harian melaporkan Muhamad Hakim mengakui masih menganggotai PKR, namun enggan mendedahkan perincian lanjut berhubung perkara itu.
Semalam, Abdul Wahab, 33, mendakwa menjadi kambing hitam selepas diarahkan oleh individu dikenali sebagai "Mr H" untuk merakam panggilan video bersama Mohammad Agus, bagi tujuan menjatuhkannya.
Lelaki itu turut mendakwa rakaman video perbualan itu yang tular di media sosial sejak kelmarin, adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.
Sementara itu Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis masih menyiasat identiti "Mr H".
Astro Awani
Sat Nov 18 2023
Muhamad Hakim (tengah) berkata tuduhan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, yang menggaitkan dirinya sebagai Mr H, disifatkan sebagai sangat berniat jahat.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan
Namun, Mohd Khairuddin tidak mengulas lanjut mengenai sebab penamatan ataupun tarikh rasmi penamatan jawatannya.
Individu hina institusi Diraja dikenal pasti, lebih 20 kertas siasatan lampau - Fahmi
MCMC telah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Kemasukan J-KOM perkukuh usaha kementerian sebar inisiatif kerajaan, perangi maklumat salah - Teo
Kemasukan J-KOM di bawah Kementerian Komunikasi akan memperkukuhkan lagi usaha kementerian untuk mempromosikan inisiatif kerajaan dan memerangi salah maklumat.
Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Khamis.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.
Identiti sebenar 'Mr H' didedah kepada umum esok?
Identiti sebenar 'Mr H' dijangka didedahkan kepada umum esok.
Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.
'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.