awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vienna pintas Melbourne, kini bergelar bandar paling sesuai didiami di dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
14/08/2018
23:07 MYT
Vienna pintas Melbourne, kini bergelar bandar paling sesuai didiami di dunia
Penurunan kes ancaman militan di Eropah barat dan kadar jenayah yang rendah di Vienna membantu melonjakkan kedudukan bandar raya itu ke tangga pertama senarai. - Foto Reuters
Bandar Vienna di Austria buat kali pertama menewaskan Melbourne, sekali gus mengungguli Indeks Sesuai Didiami Global yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit (EIU).
Vienna bersaing dengan Melbourne yang menduduki tempat pertama senarai itu bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut bagi meraih kedudukan sebagai bandar paling sesuai didiami dalam kajian yang dijalankan ke atas 140 bandar raya di seluruh dunia.
Penurunan kes ancaman militan di Eropah barat dan kadar jenayah yang rendah di Vienna membantu melonjakkan kedudukan bandar raya itu ke tangga pertama senarai.
Sebelum ini, Vienna sering menduduki senarai teratas kedudukan bandar yang menawarkan kualiti hidup terbaik dalam kajian yang dijalankan firma perundingan Mercer.
Bandar raya Osaka, Calgary, dan Sydney turut menduduki lima tempat teratas, manakala London, berada di tangga ke-48 senarai kajian yang dijalankan ke atas bandar berukuran sederhana yang mempunyai kepadatan populasi yang rendah.
Sementara itu, Damsyik terus kekal di tangga terakhir, diikuti Dhaka, Bangladesh dan Lagos, Nigeria.
Kajian ini tidak membabitkan ibu negara yang dianggap bandar paling bahaya di dunia, seperti Baghdad, Iraq dan Kabul, Afghanistan. - Reuters
Topic Berkaitan
#Economist Intelligence Unit
#EIU
#Indeks Sesuai Didiami Global
#Melbourne
#Vienna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan