Vietnam bentang permaidani merah sambut ketibaan PM Anwar

Bernama
Julai 20, 2023 10:23 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi rakan sejawatnya Pham Minh Chinh memeriksa kawalan kehormat pada sambutan rasmi di Istana Presiden hari ini sempena lawatan dua harinya ke Vietnam. - Foto BERNAMA
HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Vietnam di Istana Presiden di sini hari ini.
Ketibaan Anwar di Istana Presiden disambut oleh rakan sejawat beliau Pham Minh Chinh.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara iaitu Negaraku dan Tien Quan Ca dimainkan oleh pancaragam tentera sebelum Anwar memeriksa kawalan kehormat dengan diiringi oleh Chinh.
Chinh dan Anwar kemudian bertemu para kenamaan yang menyambut ketibaan mereka dan saling memperkenal pegawai masing-masing.
Kedua-dua pemimpin menghadiri sesi bergambar sebelum ke Government Office untuk mesyuarat dua hala.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #lawatan rasmi #Vietnam #Pham Minh Chinh #Istana Presiden