awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam timbang permohonan Malaysia ekstradisi perampas MT Orkim Harmony

Bernama
Bernama
21/05/2016
00:30 MYT
Vietnam timbang permohonan Malaysia ekstradisi perampas MT Orkim Harmony
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada 11 Jun tahun lepas. - Gambar fail
Vietnam sedia menimbang permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang lapan perampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony, untuk dibicarakan di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengemukakan permintaan itu ketika mengadakan pertemuan pertama beliau dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, di sini pada Jumaat.
"Ini permintaan khusus kami," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang berakhir Jumaat.
Katanya rakan sejawatannya itu memaklumkan bahawa Vietman sedia menimbangkan permintaan tersebut. Xuan Phuc mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu Vietnam, April lepas.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada 11 Jun tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun, tahun lepas.
Najib berkata dalam pertemuan itu, Vietnam turut meminta Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula pengambilan pekerja asing dari Vietnam ekoran langkah kerajaan membekukan proses pengambilan pekerja asing.
Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia telah menerima cadangan yang dikemukakan Vietnam untuk pelaksanaan Pelan Tindakan Malaysia-Vietnam 2016-2018 untuk pertimbangan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Xuan Phuc atas pelantikan sebagai perdana menteri dan menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Malaysia.
Topic Berkaitan
#MT Orkim Harmony
#Najib Razak
#Nguyen Xuan Phuc
#Rusia
#Sochi
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan