Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata terharu selepas notis pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong dibacakan pegawai Jabatan Penjara pada 16 Mei lalu.

“Saya terharu, walaupun Yang di-Pertuan Agong sudah maklumkan. (Manakala) Azizah menangis,” itu jawapan ringkas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI berhubung video pengampunannya tular di media sosial.

Anwar yang dihubungi Astro AWANI itu ditanya mengenai respon awal beliau ketika dibacakan notis pengampunan penuh itu oleh pegawai Jabatan Penjara.

Ramai yang hanya tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bagi Anwar, penghargaan umum diberikan kepada rakyat yang terus menerus memberi sokongan padu buat dirinya.