MALAYSIA

Virus Nipah: Bergejala? Ini fakta penting yang perlu anda tahu

Astro Awani 27/01/2026 | 09:30 MYT
KKM sentiasa berkomunikasi dengan WHO dan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan dalam mengesahkan laporan di media sosial berhubung jangkitan virus Nipah yang dilaporkan di India. - Gambar fail
APA itu Virus Nipah?
* Virus Nipah ialah penyakit virus serius yang boleh membawa maut.
* Virus ini dibawa oleh haiwan kelawar buah (genus Pteropus, juga dikenali sebagai flying fox).
* Virus Nipah boleh menjangkiti manusia dan haiwan, serta boleh merebak dari manusia kepada manusia.
* Kadar kematian dianggarkan antara 40%–70% bagi mereka yang dijangkiti.

Sejarah dan kawasan wabak
* Virus Nipah pertama kali dikesan pada 1999 di Malaysia dan Singapura ketika berlaku wabak yang menjangkiti babi dan manusia.
* Dalam wabak pertama ini, kelawar menyebarkan virus kepada babi, dan menjangkiti pekerja di ladang babi.
* Sejak itu, wabak Nipah telah dilaporkan di Bangladesh, India, Malaysia, Filipina, dan Singapura.
* Kelawar pembawa virus ini terdapat di seluruh Asia, Lautan Pasifik Selatan, dan Australia.

Tanda dan Gejala
* Masa inkubasi: 4–14 hari selepas dijangkiti.
* Gejala awal: Demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, sesak nafas.
* Gejala teruk: Radang otak (ensefalitis) menyebabkan kekeliruan, mengantuk, sawan, dan koma dalam 24–48 jam.
* Tahap penyakit boleh pada kadar ringan atau teruk, termasuk pembengkakan otak dan kematian.

Cara penyebaran
* Hubungan langsung dengan haiwan yang dijangkiti, seperti kelawar atau babi.
* Makan atau minum makanan tercemar, contohnya buah atau air nira.
* Hubungan rapat dengan cecair badan orang yang dijangkiti.
* Jangkitan awal dari haiwan ke manusia dikenali sebagai spillover event.
* Setelah manusia dijangkiti, virus boleh merebak dari manusia kepada manusia.

Langkah untuk mengurangkan risiko
* Elak sentuhan dengan kelawar atau babi yang sedang sakit.
* Elak kawasan kelawar bertenggek dan makanan yang tercemar.
* Elak minum air nira mentah atau makan buah yang tercemar.
* Cuci tangan dengan sabun secara kerap.
* Pengamal kesihatan yang menjaga pesakit Nipah mempunyai risiko lebih tinggi.

Ujian & Rawatan
* Pesakit dengan simptom di kawasan wabak (contohnya Bangladesh, India) perlu diuji.
* Ujian boleh dilakukan semasa sakit atau selepas sembuh.
* Tiada rawatan khusus; rawatan hanya sokongan seperti rehat, hidrasi, dan merawat simptom lain.

Sumber: Centers for Disease Control and Prevention (CDC), USA – About Nipah Virus



#virus Nipah #jangkitan #Malaysia #India #terkini