Firma teknologi pembayaran global, Visa telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Bhd bagi merintis program RFID PLUS (teknologi pengecaman menggunakan frekuensi radio), untuk memodenkan pembayaran tol di Malaysia.
Visa dalam satu kenyataan berkata, firma itu akan berkongsi kepakaran teknologi dan pengetahuan dalam pembayaran tanpa sentuhan, ia akan menawarkan satu sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra mulai 15 Dis 2018.
"RFID PLUS mempunyai sistem pembayaran terbuka yang menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada pemandu Malaysia untuk membayar tol melalui kad kredit dan debit.
"Akhirnya, PLUS berharap ini akan dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol dengan mengurangkan kelewatan akibat baki yang mencukupi atau kegagalan untuk tambah semula.
"Alat teg RFID PLUS, yang menghubungkan secara terus kepada akaun kad kredit atau debit pemandu, akan diberi percuma kepada para pemandu Malaysia yang menyertai program perintis awam di Jambatan Pulau Pinang, BKE dan Jitra mulai 15 Dis ini," katanya.
Pengurus Visa Negara Malaysia, Ng Kong Boon berkata program ini adalah alternatif bagi pemandu yang mahu membayar tol dengan menggunakan kad kredit Visa, debit atau prabayar, dan ia adalah satu inisiatif yang mengujakan bagi memperluaskan jejak penerimaan Visa di Malaysia.
"Kami akan bekerjasama dengan PLUS untuk memastikan bahawa proses tersebut akan memudahkan pengguna yang mahu memakai kad Visa mereka sebagai kaedah utama pembayaran.
"Kami berharap untuk mengubah pengalaman transit pemilik kenderaan kerana ia juga memberikan satu peluang kemudahan kepada pemandu antarabangsa di Malaysia untuk membayar menggunakan kad Visa mereka pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 26 2018

RFID PLUS mempunyai sistem pembayaran terbuka yang menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada pemandu Malaysia. - Gambar hiasan

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

UMNO-Bersatu | Hanya Presiden PAS akan membuat keputusan terbaik
Hanya Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penentu kepada hala tuju parti sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau UMNO menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini juga jelasnya berlaku perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS untuk membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

Politik | PAS kini dipersimpangan dilema, PN atau MN?
PAS kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutama dalam hubungan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, parti itu kini berada di persimpangan dilema dalam meneruskan kerjasama politik sama ada dengan Bersatu atau UMNO.

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia (6 Mac 2021)

Tumpu Ekonomi | Rakyat rayu henti politik, bantu pulih negara
Kemelut politik yang tidak berkesudahan. Meskipun negara masih ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19, menyebabkan rakyat semakin muak, bosan dan jijik. Ini kerana kata mereka, kemelut itu tidak mampu membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, malah hanya ‘membantut-kan’ proses pemulihan ekonomi negara.

Dakwaan Rasuah | SPRM moohon Natrah Ismail tampil beri bukti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail untuk membantu siasatan berhubung dakwaan individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang cuba menyogok ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk lompat parti. Selain Natrah, SPRM berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan berkenaan juga diminta tampil memberi aduan kepada badan itu, sekiranya perkara itu benar-benar dianggap rasuah.

LHDN | LHDN nafi tindakan bermotifkan politik
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menegaskan setiap aktiviti penguatkuasaan termasuk aktiviti pungutan dan guaman sivil dilakukan berlandaskan akta-akta percukaian yang berkuatkuasa.

Rempuh Pokok | Wanita sarat hamil maut dalam kemalangan
Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut manakala suaminya parah selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok. Kemalangan berlaku di Kilometer 55 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Bari Kecil, Setiu kira-kira jam 2.50 pagi Sabtu.

Politik | Bersatu nafi lantik Azmin sebagai TPM
Parti Bersatu menafikan viral maklumat inti pati mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu pada Khamis lalu, termasuk dakwaan perlantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Julai depan.

KASA dan SPRM perkukuh kerjasama, perkuat tadbir urus banteras jenayah alam sekitar
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Ketirisan RM3.1 juta: Tujuh petugas kaunter JPJ direman
Kesemua kakitangan berkenaan dilaporkan ditahan antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam dan dipercayai bertugas di JPJ Johor Bahru di Taman Daya.

Dakwaan terima tawaran percutian mewah, SPRM minta Salahuddin buat laporan
SPRM sedia melakukan siasatan berhubung pendedahan Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung dakwaannya mengenai tawaran percutian mewah ke Eropah.

AFC beri tempoh buat keputusan sehingga 15 Feb
AFC memberikan sehingga 15 Feb ini untuk semua pasukan memuktamadkan pendirian berhubung baki perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Rasuah RM20.45 juta: Bekas Pengerusi Mara Inc mengaku tidak bersalah
Bekas Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani hari ini mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan rasuah dan 2 pengubahan wang haram.

SPRM beri jaminan siasatan kes rasuah secara telus - Azam
Setiap tindakan dilakukan agensi itu adalah jelas dan tidak berkompromi selain meminta semua pihak bersabar agar siasatan dapat dilakukan secara terperinci untuk hasil yang lebih baik.

Bekas Pengerusi Mara Inc didakwa Jumaat ini, berdepan 22 pertuduhan rasuah
Datuk berusia 65 tahun dikatakan telah menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

Portal SPRM berwajah baharu, lebih interaktif dekati rakyat
Portal SPRM kini turut memaparkan ringkasan kes-kes rasuah menerusi ruangan 'Kes-Kes Menarik Rasuah'.

Lelaki warga emas cedera dipercayai ditembak di TTDI
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut kira-kira 12 tengah hari.

KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan tunggakan gaji daripada 11 bekas pemain pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC).