awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Visa ke Australia ditolak: Haris Ibrahim akan buat permohonan baru

Haider Yutim
Haider Yutim
27/09/2013
10:01 MYT
Visa ke Australia ditolak: Haris Ibrahim akan buat permohonan baru
Aktivis dan peguam, Haris Ibrahim yang telah ditolak visanya ke Australia hari ini berkata akan majukan permohonan yang baru dalam masa terdekat.
Bercakap kepada Astro AWANI, Haris memberitahu beliau telah mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan Australia petang tadi.
"Saya telah minta untuk adakan pertemuan (dengan kedutaan Australia) dan kebetulan ia baru sahaja tamat.
"Dalam masa terdekat ini saya akan majukan permohonan (visa) yang baru beserta penjelasan seperti yang disampaikan tadi," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang isi kandungan pertemuannya dengan pegawai kedutaan tersebut.
Haris yang juga pengasas kumpulan Asalkan Bukan UMNO (ABU) itu telah dilaporkan dihalang untuk masuk ke Australia apabila permohonannya untuk mendapatkan visa ke negara itu ditolak.
Penolakan visa itu mencetuskan tanggapan bahawa Haris tidak dibenarkan masuk ke Australia berikutan tekanan dari Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun seorang pegawai dari Wisma Putra memaklumkan bahawa kuasa untuk menghalang permohonan visa seseorang bukan lah di bawah bidang kuasa mereka.
Katanya kuasa untuk meluluskan atau menolak visa seseorang terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa kedutaan tersebut.
Haris telah ditahan pada Mei lalu bersama-sama dengan Tamrin Abdul Ghafar dan Naib Presiden PKR Tian Chua mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Mereka ditahan berikutan penganjuran Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei lalu.
Beliau dijadualkan akan dibacarakan tahun pada tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#abu
#Australia
#Haris Ibrahim
#kedutaan
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan