[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

Visual Intelligence kini boleh kenal pasti paparan skrin seperti Circle to Search

Amanz 10/06/2025 | 07:40 MYT
Visual Intelligence kini juga boleh mengenal pasti teks dalam gambar dan menambah maklumat terus ke kalendar, menjadikannya pesaing lebih kuat kepada Circle to Search. -Amanz
CIRCLE to Search saya nobatkan tahun lalu sebagai teknologi terbaik 2024.

Ringkasan AI
  • Circle to Search dinobatkan sebagai teknologi terbaik 2024 kerana kemampuannya mengenal pasti objek, sumber berita dan kesahihan gambar dengan mudah dan kerap digunakan.
  • Apple memperkenalkan peningkatan Visual Intelligence dalam WWDC yang membolehkan pengecaman objek dalam tangkapan skrin serta integrasi dengan Google dan ChatGPT untuk pencarian dan pembelian.
  • Visual Intelligence kini juga boleh mengenal pasti teks dalam gambar dan menambah maklumat terus ke kalendar, menjadikannya pesaing lebih kuat kepada Circle to Search.

Ia mungkin tidak gah dan jarang sekali diberikan tumpuan oleh Google tetapi ia aplikasi yang digunakan berpuluh kali sehari untuk mengenal pasti objek, sumber berita dan memastikan kesahihan gambar.
Di WWDC pagi ini, Visual Intelligence telah dipertingkat bagi memberikan ciri yang seakan Circle to Search.
Dengan menekan butang tangkapan skrin, Apple Intelligence boleh diarahkan mengenal pasti objek di dalam gambar.
Jenama kasut atau peralatan elektronik misalnya boleh dicari dengan bantuan Google serta ChatGPT.
Teks dalam gambar juga boleh dikenal pasti dan maklumat yang terpapar boleh dimasukkan terus ke kalender lengkap dengan tarikh, lokasi dan waktu.
Sebelum ini Visual Intelligence hanya boleh mengenal pasti objek yang dilihat menggunakan kamera.
Dengan pengenalan ini, Visual Intelligence menjadi lebih berguna dan memberikan persaingan kepada Circle to Search. -Amanz
#Apple #Circle to Search #wwdc #Visual Intelligence