Platform Persekitaran Pembelajaran Maya Kementerian Pendidikan tidak gagal dan tiada cadangan untuk membatalkannya, kata Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan seorang anggota Parlimen daripada pembangkang bahawa ia mungkin menjadi projek 'gajah putih'.
“Kerajaan telah melabur RM663 juta (dalam VLE) dan kami tidak akan menghentikannya.
"Kami akan menggunakan sepenuhnya apa yang telah dilaburkan kerana mahu melihat hasil daripada pelaburan (ROI) itu,” katanya dalam 'Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri Ketiga' di Auditorium Perdana, Angkasapuri.
Beliau menjawab soalan media berhubung kenyataan anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari semalam yang khuatir ia mungkin menjadi projek gajah putih selepas dilaporkan dalam siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 bahawa projek itu kurang digunakan dengan kurang daripada lima peratus penggunaannya sejak dilaksanakan pada 2011.
Dr Madinah berkata adalah terlalu bagi mengukur kejayaannya memandangkan projek itu dicadangkan untuk tempoh 15 tahun.
“Saya percaya projek ini bukan satu kegagalan. Saya tidak fikir kami perlu menghentikan apa yang telah kami mulakan. Ini adalah pelaburan kerajaan dan kami percaya ROI dalam pelaburan ini akan hanya dapat dilihat dalam tahun-tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata setakat 31 Okt tahun ini, 69.3 peratus guru telah menggunakan VLE secara aktif manakala 33 peratus pelajar dan tiga peratus ibu bapa telah menggunakan teknologi itu.
Penggunaan VLE dijangka mencecah 30 peratus tahun depan, katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata penggunaan VLE yang kurang daripada lima peratus pada peringkat awal pelaksanaan memang dijangka.
Penggunaannya dijangka meningkat dalam tahun-tahun akan datang apabila para guru digalak membangunkan kandungan mereka sendiri dan memuat naik dalam VLE.
Bernama
Thu Nov 13 2014
DR MADINAH: Kerajaan telah melabur RM663 juta (dalam VLE) dan kami tidak akan menghentikannya. -Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi
Peguam, Saiful Izham Ramli yang mewakili Rafizi selaku defendan berkata, persetujuan itu direkodkan oleh pihak-pihak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semalam.
Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam
Sejumlah 72.5 peratus daripada 6,577 penerima telah membuat penunaian lebih daripada sekali bagi tempoh 2012 hingga tahun lalu.
Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran
Projek pembinaan SCACC HKL lewat disiapkan kerana masalah bekalan elektrik dan kes kebakaran, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.
Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit
Kelemahan penguatkuasaan JPNK menjadi sebab berlakunya isu seperti tidak mewartakan kadar premium selain beberapa aktiviti penebangan haram.
Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin
Audit forensik perlu dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB bagi memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur.