MALAYSIA
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Beliau turut menekankan bahawa pertukaran pelawat antara kedua-dua negara mampu memperkukuh hubungan dan persefahaman dua hala. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dalam langkah memperkukuh hubungan rakyat ke rakyat antara Malaysia dan Amerika Syarikat, Duta Besar Edgard D. Kagan menyeru lebih ramai pelancong Amerika untuk 'melihat Malaysia dari dalam', bukan sekadar destinasi pelancongan.
Beliau berkata, penggunaan pengangkutan awam seperti ETS memberi peluang memahami budaya, ritma kehidupan dan kepelbagaian Malaysia, selari dengan persiapan negara menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
“Saya tidak fikir menaiki tren itu tidak diplomatik. Saya memang suka menaiki tren dan melihat Malaysia. Ia cara yang sangat baik untuk bergerak, selesa, praktikal dan menyeronokkan,” katanya.
Kagan berkata, penggunaan ETS membolehkan pelawat melihat Malaysia dari perspektif berbeza, termasuk kehidupan seharian rakyat tempatan, sekali gus menjadikan pengalaman pelancongan lebih bermakna.
“Dengan menaiki tren, anda boleh melihat Malaysia dalam cara yang sedikit berbeza. Ia sangat memudahkan dan saya benar-benar menikmatinya,” katanya kepada Astro AWANI di KL Sentral pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa rakyat Amerika agar tidak mengehadkan lawatan mereka di bandar utama semata-mata, sebaliknya menggunakan rangkaian pengangkutan darat untuk meneroka kawasan lain di Malaysia.
"Bagi rakyat Amerika yang ingin melawat Malaysia, saya menggalakkan mereka untuk menaiki tren. Ia adalah cara perjalanan yang sangat baik. Memandu juga bagus, menaiki penerbangan juga bagus.
"Malaysia adalah negara yang luar biasa, dinamik, menarik dan penuh dengan perkara untuk diterokai. Jangan hanya tinggal di bandar, tetapi cubalah mengembara dan meneroka negara ini,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa pertukaran pelawat antara kedua-dua negara mampu memperkukuh hubungan dan persefahaman dua hala.
“Saya percaya tiada apa yang dapat membina kefahaman dan kerjasama dengan lebih baik selain melawat negara masing-masing.
"Saya harap lebih ramai rakyat Amerika datang ke Malaysia, dan rakyat Malaysia juga datang melawat Amerika Syarikat,” ujarnya.
Selain keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, Kagan berkata, makanan tempatan merupakan antara tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan oleh pelawat asing.
“Roti canai, kuetiau goreng, rendang... Warga Malaysia sangat mengambil berat tentang makanan mereka. Kepelbagaian makanan jalanan di sini sangat luar biasa,” katanya.
Tambah beliau, gabungan budaya, sejarah, kawasan luar bandar dan hidupan liar menjadikan Malaysia destinasi pelancongan yang lengkap.
"Sesiapa sahaja yang datang ke Malaysia pasti akan menikmati pengalaman mereka,” tambahnya.