Vokalis baharu Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di sini, minggu lepas.
Khairul Hizam Kaha, 39, yang dikenali sebagai Jijam membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Vokalis itu didakwa memiliki dadah seberat 0.98 gram di kawasan Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang dekat sini pada 4.30 petang, 10 Dis lepas.
Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah membenarkan jaminan atas alasan isterinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada hasil perniagaannya.
Mahkamah membenarkan Khairul Hizam diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia tertuduh.
Sementara itu, vokalis itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Ampang jaya di sini pada 7.15 malam, 29 Mei lepas.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.
Bernama
Wed Dec 17 2014
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes. - Foto Fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa mengaku miliki dadah
Vokalis baharu Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di sini, minggu lepas.