[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DREBAR

Volkswagen Beetle Dune – inspirasi daripada lumba lasak Rali Baja di Amerika

Astro Publication 18/11/2015 | 09:24 MYT
Para pembeli di Amerika Syarikat akan mendapat pilihan varian tambahan untuk Volkswagen Beetle yang dikenali sebagai ‘Beetle Dune’. Seperti yang diumumkan Volkswagen America Inc., varian tambahan ini akan mula dijual bermula awal tahun 2016.
Volkwagen Beetle Dune ini mendapat inspirasi daripada model sama yang pernah digunakan untuk perlumbaan rali Baja di masa lalu. Namun, kali ini Beetle khas ini akan menjadi tambahan kepada varian untuk dijual sedia ada.
Sudah tentu, yang paling menarik perhatian adalah ketinggiannya yang dinaikkan sebanyak 0.4 inci. Selain itu lebarnya juga sudah meningkat sebanyak 0.6 inci.
Perbezaannya berbanding Beetle generasi ketiga standard adalah lebih dari itu: bampar hadapan direka semula dengan lubang udara yang lebih besar pada bahagian bawah. Lubang udara ini pula ditutup dengan gril ‘honeycomb’ berwarna hitam sepertimana kedua-dua hujung bampar sama yang disempurnakan sepasang lampu kabus.
Pakej ‘Lighting’ yang boleh dipilih menaiktaraf lampu hadapan kepada jenis Bi-Xenon dan DRL jenis LED.
Beetle yang lebih lebar dan tinggi ini disesuaikan dengan tayar 235/45 yang menyarung aloi aluminium jenis ‘Canyon’. Spoiler, lampu LED dan bampar baharu adalah antara pembaharuan besar yang diberikan kepada bahagian belakang.
Di dalamnya, Beetle Dune ini dilengkapi kerusi yang memegang penumpang dengan lebih stabil. Walaupun diilhamkan jentera rali, kereta ini tidak kekurangan ciri-ciri seperti sistem infohiburan MIB II generasi terkini. Oleh itu ketersambungan boleh dicapai melalui tiga platform utama telefon pintar iaitu Apple CarPlay, Android Auto atau MirrorLink.
Pada mulanya Beetle Dune ini hanya akan dilengkapi satu jenis enjin – 1.8-liter TSI yang menghasilkan 170hp dan 249Nm.
Tidak begitu memeranjatkan, Volkswagen juga akan menghasilkan sebuah varian Beetle Dune Convertible (seperti di bawah) yang hanya akan memasuki pasaran pada suku ketiga 2016.
# # Beetle # Dune #Volkswagen