GADGETS

Volkswagen tutup kilang Dresden selepas 88 tahun, ubah jadi pusat AI, robotik dan cip

Amanz 18/12/2025 | 11:20 MYT
Kilang pengeluaran kereta Volkswagen di Dresden, Jerman, akan diubah suai menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan, robotik, dan kajian rekaan cip. -Foto Amanz
VOLKSWAGEN menutup kilang pengeluaran kereta di Dresden, Jerman, yang akan diubah suai menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan (AI), robotik dan kajian rekaan cip.


Ringkasan AI
  • Kilang pengeluaran kereta Volkswagen di Dresden, Jerman, akan diubah suai menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan, robotik, dan kajian rekaan cip.
  • Penutupan kilang tersebut menandakan perubahan hala tuju Volkswagen yang berdepan dengan cabaran bersaing daripada pengeluar kenderaan elektrik China.
  • Masalah seperti kekurangan kepakaran perisian, penggunaan cip yang terhad, perisian kenderaan tidak lancar, dan harga kenderaan elektrik China yang lebih kompetitif menjadi faktor utama yang dihadapi oleh Volkswagen.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kilang yang dibuka pada 2001 itu merupakan kilang tempatan pertama ditutup syarikat berkenaan dalam tempoh 88 tahun.

Langkah ini diambil ketika pengeluar kenderaan Barat berdepan cabaran bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China.

Kekurangan kepakaran perisian dan penggunaan cip menyebabkan mereka ketinggalan berbanding inovasi yang diperkenalkan pesaing Asia.

Antara isu yang dihadapi Volkswagen ialah perisian kenderaan yang tidak lancar, kekurangan fungsi inovatif serta harga EV China yang lebih kompetitif.

Penutupan kilang ini menandakan perubahan hala tuju Volkswagen ke bidang teknologi baharu.

Semalam, Ford turut dilaporkan mengubah suai kilang pengeluaran bateri EV untuk menghasilkan pek bateri bagi keperluan industri, khususnya pusat data AI. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Volkswagen menutup kilang pengeluaran kereta di Dresden, Jerman?
    A: Volkswagen menutup kilang tersebut untuk diubah suai menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan (AI), robotik, dan kajian rekaan cip kerana menghadapi cabaran bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China.
  • Q: Apa yang menyebabkan Volkswagen ketinggalan dalam inovasi berbanding pesaing Asia?
    A: Kekurangan kepakaran perisian dan penggunaan cip menyebabkan Volkswagen ketinggalan berbanding inovasi yang diperkenalkan pesaing Asia.
  • Q: Apa yang menjadi isu utama yang dihadapi Volkswagen terutama berkaitan dengan pengeluaran kenderaan elektrik?
    A: Isu utama yang dihadapi Volkswagen adalah perisian kenderaan yang tidak lancar, kekurangan fungsi inovatif, dan harga kenderaan elektrik (EV) dari China yang lebih kompetitif.
  • Q: Apakah impak penutupan kilang Volkswagen terhadap hala tuju syarikat?
    A: Penutupan kilang Volkswagen menandakan perubahan hala tuju syarikat ke bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, dan kajian rekaan cip.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Ford berikutan perkembangan yang berlaku pada Volkswagen?
    A: Ford turut dilaporkan mengubah suai kilang pengeluaran bateri EV untuk menghasilkan pek bateri bagi keperluan industri, khususnya pusat data AI selepas perkembangan yang berlaku pada Volkswagen.



#Volkswagen #kilang pengeluaran kereta #Dresden Jerman #hab pembangunan kecerdasan buatan