Astro Publication
Fri Nov 06 2015
30 tahun dahulu, Volvo telah membuktikan kepada dunia enjin turbo 4-silinder mereka mampu menyaingi jentera-jentera lumba daripada BMW, Rover dan Jaguar yang menggunakan enjin 6-, 8-, dan 12-silinder yang lebih besar. Pada 1985, Volvo Cars memenangi Kejuaraan Kereta Touring Eropah (ETCC) menggunakan 240 Turbo dengan mendominasi pusingan-pusingan di Australia, Portugal, Sweden, dan lain-lain.
Walaupun sekarang Volvo aktif di kejuaraan V8 Supercars Australia dan Kejuaraan Kereta Touring Scandinavia (STCC), penyertaan di dalam siri peringkat global masih belum terlaksana sejak sekian lama. Namun, bermula tahun hadapan Volvo sudah mengesahkan penyertaan mereka di dalam Kejuaraan Kereta Touring Dunia (WTCC).
Pasukan yang dikenali sebagai Polestar Cyan Racing ini akan menggunakan jentera Volvo S60 Polestar TC1.
Polestar adalah jenama berprestasi tinggi bagi Volvo Cars manakala Cyan Racing pula adalah rakan sukan bermotor rasmi bagi Polestar. Kerjasama antara mereka sudah bermula sejak 1996 dan sudahpun merangkul enam kejuaraan pemandu dan tujuh kejuaraan pasukan STCC.
Walaupun mana-mana pasukan di dalam WTCC mempunyai pilihan untuk menggunakan enjin standard yang sudahpun menepati peraturan kejuaraan tersebut, Volvo memilih enjin Drive-E mereka. Enjin generasi terbaharu daripada pengeluar ini mempunyai teknologi rendah geseran dan menggunapakai bahan-bahan eksotik.
Hasil daripada itu, ditambah dengan pembangunan tambahan melalui penyertaaan di dalam perlumbaan terdahulu, pasukan ini telah berjaya mendapatkan sehingga 400hp daripada 4-silinder yang didorong turbo.
Kerja-kerja pembangunan buat masa ini didokong oleh Thed Björk, Fredrik Ekblom dan Robert Dahlgren, masing-masing pemenang dan juara STCC. Pemandu-pemandu yang akan menganggotai pasukan Polestar Cyan Racing musim pertama ini belum lagi didedahkan.
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Volvo pengeluar terbaharu sertai WTCC; kembali ke pentas dunia!
Kereta asas yang digunakan adalah S60, sekarang dengan enjin Drive-E 4-silinder dengan output sehingga 400hp
NAIAS: Volvo S60 Cross Country
Sedan yang ditinggikan dan tayar lebih besar dari biasanya. Macam biasa ditengok di jalanraya Malaysia, kan?
Volvo bawa Drive-E ke enjin 3-silinder
Enjin sudah ke peringkat prototaip dan akan digunakan pada kereta menggunakan platform CMA. Output sehingga 180hp
Volvo sudah gila kuasa (kuda)
Enjin konsep Drive-E terbaru mereka menghasilkan lebih daripada 450hp – hanya daripada empat silinder!