Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu ekoran jangkitan wabak beguk.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil susulan Notis Perintah Tutup Premis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terhadap kedua-dua sekolah itu.
"Bagi SMAP Kajang, Notis Penutupan Bersyarat telah dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat pada 12 Okt lepas. SBP Integrasi Gombak pula ditutup hingga 9 Nov depan selepas notis dikeluarkan oleh PKD Gombak semalam," menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersihan disinfeksi telah dilakukan oleh Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di SMAP Kajang mulai 12 hingga 14 Okt lepas manakala di SBP Integrasi Gombak, tindakan yang sama telah dilakukan mulai 19 hingga 21 Okt lepas.
Sehubungan itu, KPM telah mengarahkan kedua-dua sekolah terbabit akur dengan arahan dan melaksanakan semua urusan penutupan sekolah secara teratur.
"Kedua-dua sekolah terbabit juga telah diminta untuk menjalankan disinfeksi dan sentiasa berhubung dengan ibu bapa mengenai perkembangan mutakhir terutama bagi mereka yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan mulai minggu kedua bulan depan," kata kenyataan itu.
Seramai 36 pelajar dari SMAP Kajang yang dijangkiti wabak beguk telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang mulai awal Okt ini, manakala SBP Integrasi Gombak pula, seramai 15 pelajar telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Gombak pada bulan ini (Okt) di mana kes terakhir yang dicatatkan pada 23 Okt iaitu sebanyak tiga kes
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 25 2018
Tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersihan disinfeksi telah dilakukan oleh Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK). - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri
Dr Mohd berkata jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.
Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes
Peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu.
Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan
Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lepas.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.
Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.
Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat
Pernahkah tiba-tiba pipi anak anda bengkak dan mengadu sakit? Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan.
Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu.
Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee
Penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaanya pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.
Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk
Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk.