Wahid Omar pelanggan pertama Myvi baharu

Raja Hisyam Raja Zaid
November 21, 2017 02:25 MYT
Lebih menarik apabila plat nombor pendaftarannya seakan sama dengan nama beliau iaitu "WA41D". - Foto Twitter/@fahmizilan
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar menjadi pelanggan pertama menerima kereta Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan Khamis lalu.
Abdul Wahid ketika menerima penyerahan model terbaharu Perodua itu jelas berbangga menjadi pelanggan pertama sejak dilancarkan.
Jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kereta berkenaan bakal digunakan oleh keluarganya.
Lebih menarik apabila plat nombor pendaftarannya seakan sama dengan nama beliau iaitu "WA41D".
Perodua setakat ini mengesahkan telah menerima tempahan terhadap model baharu Myvi sebanyak 6,000 unit sehingga 17 November lalu.
Kereta kompak paling diminati di Malaysia itu dibuka untuk tempahan bermula 9 November lalu.
#Abdul Wahid Omar #Myvi #Perodua #Perodua Myvi #PNB #WA41D