MALAYSIA
Wajar sokong eKYC, lindungi remaja daripada kandungan bahaya media sosial - MP Segamat
R. Yuneswaran memberikan pandangan mengenai pelaksanaan eKYC dan penglibatan remaja bawah umur 16 tahun di platform media sosial menerusi satu kenyataan pada Sabtu. - Gambar fail
SEGAMAT: Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran menegaskan proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) merupakan langkah penting melindungi remaja daripada pengaruh negatif di alam maya.
Ringkasan AI
Tambah beliau, platform media sosial harus dipertanggungjawabkan terhadap penyebaran kandungan ganas, lucah dan berunsur kebencian yang mudah diakses golongan bawah umur.
"Platform media sosial tidak boleh lepas tangan terhadap penyebaran kandungan kurang bersesuaian ini. Remaja yang masih belum matang dan mudah terpengaruh seharusnya dilindungi daripada bahan sedemikian.
"Kita wajar menyokong idea eKYC supaya remaja bawah umur 16 tahun tidak terdedah kepada kandungan ganas, seksual dan berunsur kebencian.
"Langkah ini boleh membantu mengurangkan gejala sosial serta insiden keganasan yang turut dikaitkan dengan paparan kandungan melampau," ujar Yuneswaran dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Untuk rekod, eKYC merupakan kaedah pengesahan identiti menggunakan teknologi digital seperti imbasan kad pengenalan, pengecaman wajah, swafoto atau rakaman video pendek dan padanan maklumat dengan pangkalan data rasmi.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata satu pertemuan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat platform media sosial akan diadakan pada minggu hadapan untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Fahmi turut menjamin Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) akan terpakai ke atas semua data pengguna yang digunakan bagi proses pendaftaran akaun media sosial susulan pelaksanaan eKYC.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang meneliti cadangan melarang penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar bawah umur 16 tahun.
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran menyokong pelaksanaan proses eKYC sebagai langkah penting melindungi remaja bawah umur 16 tahun daripada kandungan ganas, lucah dan berunsur kebencian di media sosial.
- Beliau menegaskan platform media sosial perlu bertanggungjawab terhadap penyebaran kandungan tidak sesuai dan menyokong penggunaan teknologi pengesahan identiti seperti imbasan wajah dan dokumen rasmi untuk kawalan lebih ketat.
- Menteri Komunikasi dan Perdana Menteri turut menyatakan komitmen terhadap pelaksanaan eKYC dan kajian larangan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar bawah umur, dengan jaminan perlindungan data pengguna melalui Akta PDPA.
Tambah beliau, platform media sosial harus dipertanggungjawabkan terhadap penyebaran kandungan ganas, lucah dan berunsur kebencian yang mudah diakses golongan bawah umur.
"Platform media sosial tidak boleh lepas tangan terhadap penyebaran kandungan kurang bersesuaian ini. Remaja yang masih belum matang dan mudah terpengaruh seharusnya dilindungi daripada bahan sedemikian.
"Kita wajar menyokong idea eKYC supaya remaja bawah umur 16 tahun tidak terdedah kepada kandungan ganas, seksual dan berunsur kebencian.
"Langkah ini boleh membantu mengurangkan gejala sosial serta insiden keganasan yang turut dikaitkan dengan paparan kandungan melampau," ujar Yuneswaran dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Untuk rekod, eKYC merupakan kaedah pengesahan identiti menggunakan teknologi digital seperti imbasan kad pengenalan, pengecaman wajah, swafoto atau rakaman video pendek dan padanan maklumat dengan pangkalan data rasmi.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata satu pertemuan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat platform media sosial akan diadakan pada minggu hadapan untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Fahmi turut menjamin Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) akan terpakai ke atas semua data pengguna yang digunakan bagi proses pendaftaran akaun media sosial susulan pelaksanaan eKYC.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang meneliti cadangan melarang penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar bawah umur 16 tahun.

#Ahli Parlimen Segamat
#R Yuneswaran
#eKYC
#platform media sosial
#kandungan berbahaya
#remaja bawah umur