Seseorang individu perlu menjadi pengundi dan penduduk di sesuatu kawasan untuk permohonan bantuan kebajikan diluluskan.
Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata pusat khidmatnya kini berdepan dengan situasi di mana terdapat banyak pihak yang memohon bantuan kebajikan adalah daripada golongan bukan pengundi di kawasan itu.
"Saya selalu lihat ada banyak permohonan bantuan kebajikan tetapi anehnya para pemohon merupakan bukan pengundi dan penduduk di kawasan ini. Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin kepada mereka yang berdepan dengan masalah ekonomi atau masalah kesihatan tetapi perlu patuhi syarat menjadi pengundi dan penduduk di sini.
"Terdapat beberapa pihak yang memohon bantuan kebajikan daripada dua buah kawasan iaitu kawasan yang dihuni dan kawasan mengundi. Kita tidak mahu jadi seperti ini kerana ini adalah peraturan daripada Kerajaan Persekutuan, kita tidak boleh melangkaui batas ke kawasan lain," kata Lim ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama Khariah Surau Kampung Sungai Nyior di sini pada Ahad.
Dalam masa yang sama Lim yang juga Menteri Kewangan turut mengingatkan orang ramai khususnya golongan B40 agar membuat permohonan mySalam untuk perlindungan kesihatan khususnya daripada 36 jenis penyakit berisiko.
Katanya, inisiatif itu merupakan usaha kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan perubatan yang diperlukan.
"Kita tahu ada keluarga yang kurang berkemampuan yang tidak mampu membeli insurans.
Kerajaan telah merangka satu skim baru yg tidak pernah diberikan sebelum ini di Malaysia dan di negara-negara Asia Tenggara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019

Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata pusat khidmatnya kini berdepan dengan situasi di mana terdapat banyak pihak yang memohon bantuan kebajikan adalah daripada golongan bukan pengundi di kawasan itu.

Rentas Negeri | Dibenarkan Isnin hingga khamis, jika diluluskan
Polis Diraja Malaysia memaklumkan pergerakan rentas negeri pada Isnin hingga Khamis yang diluluskan sahaja dibenarkan. Namun, kebenaran itu hanya bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian melibatkan ahli keluarga terdekat (iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Pelaburan | Masih ada keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi pelabur asing bernilai tinggi meskipun ada pihak mendakwa sebaliknya.

Harga Ayam Mahal | CAP saran pengguna kurangkan makan ayam
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan pengguna supaya mengubah selera daripada menikmati ayam kepada menu yang lebih menyihatkan, berikutan kenaikan harga ayam di pasaran. Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata saranan itu juga sebagai salah satu langkah bagi mengelakkan pengguna terus menjadi mangsa kepada kenaikan harga ayam. Tegasnya, masih terdapat makanan lain seperti ikan dan sayuran yang terbukti baik untuk kesihatan pengguna.

AWANI Ringkas: Rentas negeri hanya dibenarkan Isnin hingga Khamis | Dakwaan KKM manipulasi jumlah kes COVID-19 tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (19 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.

Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Ia terbukti dengan pelaburan bernilai RM4 billion oleh syarikat gergasi teknologi global Microsoft hari ini.

Luqman Haziq muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3'
Pemain e-sukan Muhammad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai GBX.LuqmanHzq, muncul juara 'FIFA Global Series East Asia Qualifier 3' yang berakhir semalam.

3 pelajar dihantar ke Henry Gurney kerana laku amang seksual terhadap rakan
Ketiga-tiga pelajar sebuah institusi swasta berusia antara 16 hingga 17 tahun diarah menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

Dakwaan KKM manipulasi statistik COVID-19 tidak berasas - Ismail Sabri
Ismail Sabri menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa KKM memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas.

Wajib jadi pengundi di kawasan setempat jika mahu mohon bantuan kebajikan
Seseorang individu perlu menjadi pengundi dan penduduk di sesuatu kawasan untuk permohonan bantuan kebajikan diluluskan.