KUALA LUMPUR: Mewajibkan vaksin adalah langkah terbaik yang perlu kerajaan lakukan berbanding memberi tekanan kepada golongan antivaksin.
Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, biarpun mewajibkan vaksin akan dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia, namun, ia lebih mudah untuk mengawal keadaan.
Menurut Dr Syed Al Mohamed Junid, langkah mewajibkan vaksin bukan hanya mudah untuk mengawal keadaan namun ia juga mudah untuk negara bergerak ke hadapan.
"Kalau saya diberi peluang untuk memberi cadangan, saya rasa kita wajibkan sahaja vaksin walaupun ada yang akan kata ini (wajibkan vaksin) against human right tetapi the right of the majority over the right of minority dalam hal ini.
"Saya rasa elok kita wajibkan supaya jelas mereka yang tidak mengambil vaksin dengan sengaja mereka melanggar undang-undang.
"Jadi bila ada langgar undang-undang senang untuk diambil tindakan dan ia berada dalam ruang lingkup perundangan.
"Jadi mewajibkan vaksin perlu kita lakukan kalau kita betul-betul mahu kawal keadaan tersebut dan ini merupakan langkah yang logik serta memudahkan kita untuk bergerak ke hadapan," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Tindakan tegas ke atas golongan antivaksin bukan untuk susahkan, tapi untuk lindungi majoriti rakyat - PM
BACA: Enggan divaksin? Kerajaan akan 'susahkan' hidup anda selepas ini - Khairy
Mengulas tentang sesetengah negara yang melonggarkan peraturan memakai pelitup muka, Dr Syed Mohamed Al Junid menganggap adalah terlalu awal untuk membenarkan perkara tersebut.
"Tindakan negara seperti Arab Saudi dan negara-negera tertentu mungkin disebabkan tekanan ekonomi, yang mana mereka perlu membuka eknomi mereka supaya orang datang.
"Macam Arab Saudi mereka perlu orang datang ke Tanah Suci. Jadi saya rasa untuk negara kita melakukan perkara yang sama adalah terlalu awal.
"Kita perlu melihat apakah yang akan berlaku dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang sebelum kita melonggarkannya," katanya lagi.
Jelas beliau, membenarkan tidak memakai pelitup muka juga masih terlalu awal untuk dilaksanakan kerana telah terbukti COVID-19 mudah dijangkiti melalui pengudaraan.
Astro Awani
Sun Oct 17 2021
Dr Syed Al Mohamed Junid menjelaskan, langkah mewajibkan vaksin bukan hanya mudah untuk mengawal keadaan namun ia juga mudah untuk negara bergerak ke hadapan. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.