awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#wajibMUET: Peguam tawar khidmat untuk mahasiswa saman kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2014
09:28 MYT
#wajibMUET: Peguam tawar khidmat untuk mahasiswa saman kerajaan
MUET: Peguam tawar khidmat untuk mahasiswa saman kerajaan
Seorang peguam menawarkan khidmat guamannya kepada pelajar dan mahasiswa untuk menyaman kerajaan Malaysia ekoran cadangan menaikkan band Malaysian University English Test (MUET).
Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata semua pelajar dan mahasiswa boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana cadangan menaikkan MUET bertentangan dengan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, keputusan kerajaan menaikkan syarat kemasukan am ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah terlalu ketat.
"Saya bersedia untuk menjadi peguam jika ada pelajar yang mahu menyamankan kerajaan kerana menaikkan syarat kemasukan am ke IPTA yang mengkehendaki pelajar mencapai keputusan MUET minimum Band 3 untuk kursus Sains dan Matematik serta Band 4 untuk kursus Undang-undang dan perubatan
"Saya merasakan bahawa syarat ini terlalu ketat dan tidak masuk akal kerajaan jika merujuk kepada keputusan MUET 2010, hanya 9.56% sahaja pelajar yang mampu mencapai Band 4 dan hanya 0.97% sahaja yang mencapai band 5 untuk calon ijazah.
"Saya percaya dasar ini jika dilaksanakan akan menjadikan pelajar dan mahasiswa kita secara keseluruhannya sebagai mangsa keadaan," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, syarat baru yang diumumkan kerajaan itu menjadikan pelajar tidak layak masuk universiti dan mahasiswa yang masih belajar tidak boleh bergraduasi.
Selain, Mohd Khairul Azam turut mempersoalkan dasar kerajaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
"Kerajaan sepatutnya mengutamakan Bahasa Malaysia kerana ia memang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutan yang mengatakan Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi.
"Sebelum ini kerajaan laksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas alasan mahu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, kemudian mansuhkan, ganti dasar lain, kemudian keputusan terbaru ini.
"Ini semua memperlihatkan sikap kerajaan yang tidak konsisten dalam mendaulatkan Bahasa Malaysia dan juga memperkasakan bahasa Inggeris," katanya lagi.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015 untuk meningkatkan syarat kemasukan ke IPTA dan syarat bergraduasi berdasarkan keputusan MUET.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#mohd khairul azam abdul aziz
#MUET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan