KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menerusi syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) kini memperkenalkan perkhidmatan baharu, Wakaf ASNB.
Perkhidmatan ini menggabungkan konsep pelaburan dunia dan akhirat bagi membolehkan pemegang unit ASNB mewakafkan unit amanah mereka bagi manfaat kepada komuniti secara berterusan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, Wakaf ASNB berkonsepkan wakaf muabbad iaitu wakaf berkekalan yang mengambil pendekatan simpanan modal dana wakaf bagi menghasilkan potensi pulangan setiap tahun.
Beliau berkata, pulangan tersebut kemudian akan disalurkan kepada projek-projek wakaf dalam sektor kesihatan, pendidikan, pemerkasaan komuniti dan misi kemanusiaan.
“Pengenalan wakaf ASNB merupakan langkah proaktif PNB bagi memperkasakan pengurusan wakaf di Malaysia selaras dengan usaha kerajaan mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional.
“Perkhidmatan ini juga menjadi pelengkap kepada khidmat perancangan kewangan ASNB, merangkumi pelaburan pelbagai termasuk kemudahan pewarisan melalui Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Wakaf ASNB adalah hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah melantik ASNB sebagai Mutawalli iaitu pentadbiran aset wakaf menerusi anak syarikat ASNB, ASNB Wakalah Sdn Bhd (AWSB).
Pelantikan ini membolehkan AWSB mengurus dan mengagihkan dana wakaf secara telus dan lancar ke projek-projek pembangunan ummah dan masyarkat bagi pihak pewakaf.
Semua pemegang unit Akaun Dewasa ASNB tanpa mengira kaum kini boleh mewakafkan unit amanah menerusi perkhidmatan Wakaf ASNB di semua cawangan ASNB di seluruh negara.
Transaksi wakaf di portal dan aplikasi mudah alih myASNB akan bermula pada 1 November ini bagi semua dana ASNB, manakala ASN Imbang 1 bermula 1 Disember depan.
Untuk maklumat lanjut berhubung perkhidmatan wakaf ASNB, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB ditalian 03-7730 8899 atau layari laman web rasmi ASNB di www.asnb.com.my
Haikal Raman
Fri Oct 29 2021
Wakaf ASNB merupakan langkah proaktif bagi PNB untuk memperkasa pengurusan wakaf di Malaysia. - Foto PNB WAKAF
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Wakaf ASNB, pelaburan bagi manfaat komuniti
Menggabungkan konsep pelaburan dunia dan akhirat, membolehkan pemegang unit ASNB berwakaf bagi manfaat komuniti berterusan.