Semasa lawatan tiga hari beliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad. Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan.
Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan, pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez, dan Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa. Majlis Gereja-Gereja Malaysia akan diwakili oleh Rev Dr Herman Shastri.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Dr Ahmad Farouk Musa berkata mesyuarat 30 minit itu bakal memberi peluang kepada setiap wakil untuk membentangkan pandangan mereka.
Beliau juga berkata lokasi tidak boleh didedahkan dan masih belum dimuktamadkan.
"Ia tidak akan berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan. Kami juga tidak tahu di mana ia akan berlaku kerana akan diberitahu sebelum mesyuarat itu, " katanya.
Dr Ahmad Farouk juga menjelaskan bahawa pemimpin NGO tidak meminta mendapatkan pertemuan bersama Obama. Sebaliknya, kumpulan itu telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat Isnin lepas.
"Kami tidak ada kuasa untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden. Terpulang kepada beliau dengan siapa dia mahu bertemu dan beliau menjemput kami.
"Ia merupakan peluang yang baik untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi apa yang benar-benar berlaku dalam negara ini," kata Dr Ahmad Farouk.
Sebagai pemimpin IRF, beliau bakal membentangkan tentang isu penindasan agama di negara ini.
"Malaysia mahu dilihat di mata dunia sebagai pemimpin pergerakan sederhana tetapi ia harus bermula di dalam negara terdahulu," katanya.
Sementara itu, NGO lain tidak mahu mengulas tentang pertemuan dengan Obama.
Seorang wakil Sisters in Islam berkata mereka hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.
Dalam satu mesej SMS kepada AWANI, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menulis: " Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa sehingga selepas acara tersebut."
Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez juga berkata beliau hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.
Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri enggan ditemuramah pada ketika ini.
Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) esok.
Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada Isnin.
Syafique Shuib
Sat Apr 26 2014
Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.
Obama umum positif COVID-19
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan isterinya Bekas Wanita Pertama Michelle negatif jangkitan itu setakat ini.
Pertembungan generasi tua dan muda sebenarnya cetuskan cabaran berbahaya - Obama
Masih ramai golongan berusia yang berada di takuk lama termasuk cara kepimpinan dan pemikiran
Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden
Biden berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan negara Uncle Sam itu menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu.