awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat PKR lompat parti berdepan saman RM10 juta - Anwar

Syahirah Hani Roslan
Syahirah Hani Roslan
13/03/2020
10:19 MYT
Wakil rakyat PKR lompat parti berdepan saman RM10 juta - Anwar
Anwar Ibrahim berkata, tuntutan itu dilakukan ke atas wakil rakyat yang menggunakan manifesto parti dan jentera pilihan raya untuk menang ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wakil rakyat yang bertindak melompat atau keluar parti akan berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM10 juta, setiap seorang.
Beliau memberitahu, buat masa ini pasukan perundangan parti itu sedang meneliti proses berkenaan.
Menurutnya, tuntutan itu dilakukan ke atas mereka kerana menggunakan manifesto parti dan jentera pilihan raya untuk menang ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.
Saman terbabit adalah berdasarkan dokumen undang-undang yang ditandatangani wakil rakyat berkenaan sebelum mereka diletakkan sebagai calon pada PRU-14.
BACA: 'Tun Mahathir tolak saya' - Anwar
Sebelum ini, Bendahari PKR, Lee Chean Chung memberitahu, surat tuntutan akan dihantar mulai minggu hadapan.
Antara Ahli Parlimen yang meninggalkan PKR adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak); Zuraida Kamaruddin (Ampang); Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat); Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).
Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR yang juga bakal disaman pula ialah Hilman Idham (Gombak Setia); Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Chong Fat Full (Pemanis).
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau sedia berbincang dengan mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan perjuangan pakatan Harapan bagi menegakkan keadilan demi kepentingan rakyat.
"Saya sedia untuk berbincang dengan siapa jua termasuk Tun Mahathir. Tiada masalah," tambah Anwar lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#calon
#jentera pilihan raya
#Manifesto
#pilihan raya umum
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan