Kerajaan menetapkan semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara bekerja mengikut masa fleksibel bermula 1 Mac ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Borhan Dolah, langkah itu bertujuan menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga bagi pekerja sektor awam.
Menerusi satu pekeliling, beliau berkata, waktu kerja fleksibel akan diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua jabatan persekutuan di Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini.
"Projek rintis ini akan melaksanakan waktu kerja anjal di mana pekerja boleh tiba di tempat kerja dan pulang dalam tempoh masa tertentu, selagi tempoh waktu bekerja untuk satu hari itu telah dipenuhi.
"Ia akan diperkenalkan di jabatan tersebut terlebih dahulu dan sekiranya ia berkesan, akan dilaksanakan di agensi kerajaan yang lain," kata Borhan di dalam pekeliling itu, menurut laporan The Star.
Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan empat jenis waktu kerja berperingkat sedia ada, yang diperkenalkan oleh JPA pada 1998.
Pekeliling tersebut juga menyatakan bahawa waktu kerja fleksibel hanya terpakai untuk pekerja yang mengikut waktu pejabat, dan tidak termasuk pekerja di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.
Menurut pekeliling tersebut, untuk jabatan yang mempunyai kaunter perkhidmatan, ketua jabatan haruslah memastikan operasi kaunter tidak terjejas apabila melaksanakan waktu kerja fleksibel.
Ketua jabatan harus mempunyai prerogatif untuk mengarahkan kakitangan datang ke pejabat pada waktu yang diperlukan.
Wanita hamil dan suami mereka dibenarkan untuk pulang sejam lebih awal seperti yang diamalkan dalam skim waktu kerja sebelum ini.
Mengulas perkara itu, Pegawai Advokasi dan Komunikasi Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Tan Heang-Lee memuji langkah kerajaan.
Tegasnya, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan pindaan untuk Akta Pekerjaan yang merangkumi peruntukan untuk pengaturan kerja yang fleksibel.
Selain itu, Tan juga berharap langkah tersebut dapat mendorong majikan sektor swasta menawarkan waktu kerja yang fleksibel untuk kakitangannya dan supaya pindaan Akta Pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Astro Awani
Wed Feb 27 2019

Mulai 1 Mac, semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara akan bekerja mengikut masa fleksibel. - Gambar hiasan

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.

Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pencen dan pelarasan gaji dijamin, perkembangan karier lebih baik dengan SSPA
Seiring penambahbaikan sistem saraan itu, pegawai awam diharap dapat mempertingkat mutu kerja dan kecekapan perkhidmatan.

JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.

Lupus polisi, pekeliling lapuk selaras Aspirasi H.E.M.A.T - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam terus memperkukuh reformasi perkhidmatan serta kesediaan melakukan perubahan termasuk melupuskan polisi dan pekeliling lapuk.

JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.

Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman
Cadangan KKM untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat sedang diteliti JPA.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.