Waktu solat Subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok, 8 Februari, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Rabu dan semalam telah bersetuju mengenai penetapan permulaan waktu Subuh adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk seperti yang dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.
"Perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh manakala waktu solat-solat lain adalah kekal sebagai mana yang tercatat pada jadual waktu solat Pulau Pinang terbitan Jabatan Mufti Pulau Pinang.
"Jadual waktu Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat naik di laman rasmi Jabatan Mufti Pulau Pinang atau portal e-Solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mulai hari ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurut portal itu, waktu Subuh di seluruh Pulau Pinang hari ini adalah pukul 6.17 pagi.
Wan Salim berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang juga telah memutuskan bahawa pelaksanaan solat Subuh berdasarkan waktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqada atau ganti.
Rakyat negeri Pulau Pinang boleh merujuk kepada laman web atau laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan waktu solat subuh terkini dan maklumat lanjut mengenai perubahan itu, katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 07 2020
Waktu solat Subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok, 8 Februari. - Gambar hiasan BERNAMA
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Jangan ragui status vaksin COVID-19 - Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut menasihati umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakyah golongan antivaksin.
Solat Jumaat, jemaah dibenarkan di Mukim 12 - Mufti P. Pinang
Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu dijalankan di masjid dan surau di Mukim 12, daerah Barat Daya.
Waktu Subuh di Pulau Pinang ditambah 8 minit mulai esok
Waktu solat Subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok, 8 Februari, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.