Biarpun tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, wajah Erwin Salis, 35, mangsa yang maut dalam kejadian di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini, tidak sedikit pun terjejas, sekali gus memudahkan pengecaman oleh anggota keluarganya.
Kakak mangsa Muslifah, 58, berkata selain mengalami sedikit pendarahan pada hidung, tiada kecederaan lain dilihat pada mata kasarnya ketika membuat pengecaman itu.
"Walau luluh hati saya ketika melihat sekujur tubuh Erwin di depan saya, wajahnya tidak langsung berubah dan saya amat yakin itu adalah mayat adik saya," katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini.
Muslifah berkata dia reda dengan pemergian adiknya walaupun detik itu merupakan sesuatu yang amat sukar dan pahit baginya dan keluarga.
Berkongsi mengenai peribadi adik bongsunya itu, Muslifah berkata Erwin yang merupakan anak ke-15 dalam keluarga besar mereka adalah seorang ceria dan peramah.
"Erwin yang telah enam tahun bekerja di negara ini mempunyai isteri dan dua anak yang menetap di Jawa Timur, Indonesia. Kali terakhir saya bertemu dengannya pada hari raya tahun lalu di Gombak, Selangor.
"Tahun ini Erwin tidak dapat balik beraya bersama-sama kami kerana dia hanya dapat cuti dua hari," katanya yang telah 39 tahun menetap di Gombak.
Muslifah berkata jenazah Erwin akan dikebumikan di Gombak selepas mendapat persetujuan daripada kesemua adik-beradik mereka.
Sementara itu, Sharif Johari, 65, bapa kepada seorang lagi mangsa, Hosrin yang turut berada di Jabatan Perubatan Forensik HPP berkata anaknya itu telah bekerja di Pulau Pinang sejak tujuh tahun lalu.
"Saya diberitahu semalam tentang kemalangan itu tetapi saya tidak percaya itu Hosrin, itulah hari ini saya datang dari Kuala Lumpur untuk pengecaman," katanya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara.
Sharif yang kelihatan cuba menahan air mata berkata kali terakhir dia berjumpa dengan anak lelakinya itu ialah pada Aidilfitri empat tahun lepas apabila Hosrin pulang ke Medan berjumpa keluarganya.
"Selepas pengecaman, proses menghantar balik jasad Hosrin akan diuruskan dan dijangka sampai Indonesia esok pagi," katanya dengan sayu.
Mayat Hosrin, 33, yang tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik semalam ditemui pada 11.31 pagi semalam.
Dalam kejadian 8.57 pagi semalam itu, 11 pekerja binaan dari pelbagai negara dipercayai tertimbus dan setakat tengah hari ini tujuh mayat telah ditemui dengan enam berjaya dikeluarkan serta dibawa ke HPP.
Operasi mengesan empat lagi mangsa sedang giat dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
Muslifah Salis, 58, bersama Samhari Salis, 49, menunjukkan gambar adik mereka Erwin Salis, 35, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Walau luluh hati melihat sekujur tubuh Erwin, syukur wajahnya tidak terjejas' - Kakak
Kakak mangsa Muslifah, 58, berkata selain mengalami sedikit pendarahan pada hidung, tiada kecederaan lain dilihat pada mata kasarnya ketika membuat pengecaman itu.