awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

'Walau sibuk kerjaya seni, Zaleha tak abai tanggungjawab sebagai isteri, ibu' - Suami

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2025
08:15 MYT
'Walau sibuk kerjaya seni, Zaleha tak abai tanggungjawab sebagai isteri, ibu' - Suami
Jenazah Zaleha tiba di Masjid Al Asma'ul Husna, Bandar Uda Utama, di sini, pada Jumaat. Gambar kecil: Allahyarham Zaleha Hamid
JOHOR BAHRU: “Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu tidak pernah diabaikan."

Ringkasan AI
  • Zaleha Hamid, penyanyi dangdut era 80-an, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan dikenang suaminya sebagai isteri dan ibu yang berdikari serta tidak pernah mengabaikan tanggungjawab keluarga.
  • Suaminya, Ungku Sulaiman, berkongsi detik-detik akhir arwah yang mula menunjukkan tanda lemah sebelum Aidiladha dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang di hospital.
  • Allahyarham meninggalkan suami, tiga anak dan enam cucu, serta dikenang sebagai seorang yang kuat ingatan terhadap lagu-lagu lama dan kenangan bersama keluarga serta rakan-rakan.

Demikian kata Ungku Sulaiman Ungku Azizi, 60, suami kepada penyanyi dangdut era 80-an, Zaleha Hamid yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah di sini pada malam Khamis akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Menurutnya, arwah merupakan wanita yang cukup berdikari dan tidak pernah membebankan orang lain, malah terus menggalas peranan sebagai isteri dan ibu walaupun kesihatan semakin merosot sejak beberapa tahun lalu.
"Dari urus rumah, jaga makan pakai sehinggalah hal anak-anak semua dia buat sendiri. Tak pernah guna khidmat orang gaji.
“Jiran pun pernah kata, tak pernah dengar kami bergaduh. Ada gaduh... tapi kami tak pernah bergaduh besar. Kalau ada masalah pun... kami duduk berbual cara baik-baik.
"(Kalau ada salah faham) dia bagi masa untuk saya fikir, saya pun beri masa pada dia. Itulah (momen) yang membuatkan saya... bukan ralat tapi kenangan itu menjadikan saya rindu," katanya ketika ditemui di Masjid Al Asma'ul Husna, Bandar Uda Utama, di sini, pada Jumaat.
Pada masa sama, Ungku Sulaiman memaklumkan, arwah mula menunjukkan tanda-tanda lemah sejak tiga hari sebelum Aidiladha, bermula dengan mengadu sakit tekak sebelum dia membelikan ubat di farmasi untuk isterinya.
Bagaimanapun, kesihatan Allahyarham semakin merosot dan mula kehilangan selera makan termasuk enggan untuk minum.
“Dia mula makan lima sudu, esoknya tinggal tiga. Hari raya kedua, dia langsung tak boleh makan dan minum.
"Saya terus bawa dia ke klinik, tapi tutup sebab raya... jadi kami pergi ke kecemasan hospital.
"Doktor kemudiannya memaklumkan paru-paru arwah dijangkiti kuman dan keadaannya kritikal sebelum kembali stabil dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Tapi petang tu (Khamis) sekitar pukul 6 petang, dia tiba-tiba sesak nafas waktu nak diberi susu.
"Masa itu hampir pukul 7, waktu melawat lelaki dah nak habis, tapi hati saya tak tenang. Saya masuk juga tengok dia.
“Saya tengok meter bacaan makin turun, sampai 20, kemudian 10. Saya bisikkan kalimah syahadah. Mata dia bergerak, kali ketiga saya sebut... terus meter jadi lurus.
"Doktor sahkan dia dah tiada tapi saya bersyukur, ALLAH tarik dia dalam keadaan paling tenang, tanpa rasa sakit, tanpa kekejangan,” katanya sebak.
Pada masa sama, Ungku Sulaiman memaklumkan, arwah Zaleha masih mengingati banyak perkara termasuk lagu lama yang sering diputarkan olehnya.
“Kadang saya buka lagu, saya tanya dia nak nyanyi tak? Dia malu, katanya dah tua. Tapi bila dengar lagu, dia ikut juga perlahan-lahan. Lagu dan memori dia kuat... kawan-kawan lama pun dia ingat," ujarnya.
Allahyarham Zaleha atau nama sebenarnya Siti Zaleha Abdul Hamid meninggalkan suami dan tiga orang anak iaitu Zalisham Samsudin, 48; Ungku Chik Zafierul Azman, 37, dan Ungku Nor Muhammad Danial, 28 termasuk enam cucu.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, di sini, selepas solat Jumaat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zaleha Hamid
#penyanyi dangdut
#meninggal dunia
#kebumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami