PUTRAJAYA: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tetap perlu menduduki peperiksaan tersebut yang dijadualkan bermula Isnin ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata hanya calon yang disahkan positif COVID-19 atau kontak rapat kepada kes positif diberikan kelonggaran untuk tidak hadir ke pusat peperiksaan.
Bagaimanapun, beliau berkata calon tersebut hendaklah menyertakan bukti daripada doktor atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing yang menyatakan mereka positif COVID-19 atau kontak rapat yang perlu dikuarantin.
"Kalau mengikut garis panduan, calon yang sihat sahaja hadir, jadi di manapun calon berada, di kawasan PKP, PKPB (PKP Bersyarat) atau PKPD sekalipun, mereka boleh bergerak untuk mengambil peperiksaan asalkan mereka sihat.
"Kalau disahkan positif atau kontak rapat, dan mereka di bawah kuarantin dalam tempoh kuarantin itu, tidak boleh hadir ke pusat peperiksaan. Tetapi setelah tempoh (kuarantin) tersebut, maka boleh datang ke pusat peperiksaan untuk terus mengambil kertas yang masih berlangsung.
"Bagi kertas yang telah ketinggalan disebabkan dalam tempoh kuarantin, maka kementerian akan menjadualkan semula bagi (peperiksaan) kertas tersebut," katanya dalam temu bual bersama Bernama, Utusan Malaysia dan The Star mengenai Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.
Menurut data Kementerian Pendidikan, seramai 401,105 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,310 pusat peperiksaan seluruh negara. Daripada jumlah calon itu, seramai 1,150 calon berdaftar akan menumpang di pusat peperiksaan lain.
Mengulas kemungkinan soalan peperiksaan bocor kepada calon yang akan dijadualkan semula, Habibah berkata isu itu tidak timbul memandangkan kementerian akan menyediakan set soalan yang lain dengan standard dan format yang sama.
Sehubungan itu, beliau berharap calon peperiksaan SPM dan setaraf telah bersedia memandangkan ia adalah peperiksaan penting untuk menyambung pelajaran atau memasuki bidang pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Hanya calon yang disahkan positif COVID-19 atau kontak rapat kepada kes positif diberikan kelonggaran untuk tidak hadir. - Gambar fail
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Tidak perlu terlalu terkesan dengan lawak perkauman - Belia
Wakil Malaysia Southeast Asia Youth Leadership Program, Amira Aliya Abd Aziz berkata tidak perlu ambil hati dengan jenaka bersifat perkauman selagi mana ia tidak melibatkan isu-isu yang sensitif. Jelasnya, masyarakat berhak untuk membuat pendirian tersendiri terhadap jenaka-jenaka yang dibuat tetapi tidak perlu sehingga dipanaskan secara keterlaluan. #DialogAnakMuda
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Minda individu bawah 25 tahun lebih mudah dilentur hormat sensitiviti kaum - Pemimpin GSL
Pengurus Program Pemimpin GSL, Bernard Ow berkata minda generasi bawah 25 tahun lebih mudah untuk dilentur dan dilahirkan sebagai agen perpaduan dalam masyarakat. Jelasnya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek menghormati perbezaan pandangan yang rencam dalam konteks Malaysia. #DialogAnakMuda
Fadhlina, Dr Zaliha, Tengku Zafrul ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.
Calon SPM perlu rebut inisiatif yang ditawar kerajaan negeri - KM
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu merebut pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).
395,870 calon duduki SPM 2023
Seramai 129,635 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
Merungkai kemelut pendidikan negara dalam konteks daya saing global
Ironinya, Malaysia masih ketinggalan dalam konteks daya saing global kerana kualiti bakat negara saban tahun semakin merosot.
Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan
Lanjutan ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan itu.
Hala tuju selepas SPM, sambung belajar atau jadi pempengaruh?
Jumlah individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berminat untuk menyambut pengajian dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
Keputusan SPM 2022: Lebih 10,000 calon peroleh semua A
Keputusan Gred Purata Nasional bagi SPM tahun 2022 dilaporkan lebih baik daripada tahun 2021, dengan gred purata 4.74 berbanding 4.86 pada tahun 2021.
Calon SPM boleh semak keputusan bermula 10 pagi ini
Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
Keputusan peperiksaan SPM 2022 dikeluar 8 Jun
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) ini.