“Orang selalu menyangka, kalau kita tanam pokok harumanis, kita kaya. Tetapi, mungkin orang tidak tahu, kos penjagaannya sangat tinggi. Hingga kadang-kadang saya rasa ia tidak berbaloi, kerana merugikan,”
Itu luahan Abdul Rahman Ibrahim, penduduk Felda Chuping yang menjaga beberapa batang pokok mangga harumanis, dan buah-buah yang lain, di laman rumahnya.
“Kos sangat tinggi kerana pembelian racun, baja, pembalut, penggalak bunga. Itu semua sangat mahal.
“Bukan itu sahaja, cuaca di Chuping juga, sebagai kawasan yang mempunyai suhu paling tinggi di Malaysia, walaupun tempat ini sangat sesuai untuk penanaman harumanis, risikonya tetap ada,” katanya lagi.
Sementara itu, bagi peladang harumanis Zakaria Hashim, antara cabaran yang didepani sejak tahun lalu adalah apabila musim memetik buah harumanis jatuh pada bulan puasa.
“Pada bulan puasa, tak ramai orang nak beli buah harumanis. Sebab itu harga buah ini boleh turun sehingga RM10 sekilo. Ini sekali gus mengakibatkan isu lambakan harumanis,” katanya.
Selain itu, buah harumanis yang telah menjadi keistimewaan negeri Perlis ini pada musim kemuncaknya boleh dijual sehingga RM45 sekilo.
Berikutan itu, turut timbul masalah kecurian di ladang-ladang pokok harumanis di negeri ini.
“Kadang-kadang, ada pencuri yang benar-benar berani. Mereka bukan datang untuk curi lima atau enam biji, tetapi mereka bawa lori dan kutip semua ratusan buah dalam ladang.
“Ini memang memberi kerugian besar buat kami.
“Mereka pula mencuri ketika buah belum cukup masak. Sebab itu kita ada dengar pembeli di luar yang mendakwa buah ini tidak manis,” kata Zakaria lagi.
Bagi peladang Musa Darus pula, dia sebelum ini pernah mengambil tindakan yang lebih agresif dengan memasang pagar elektrik di sekeliling ladangnya.
“Mereka pernah mencuri beratus-ratus buah harumanis dari ladang saya. Memang rugilah. Sebab itu, saya pasang pagar elektrik ini.
“Pihak berkuasa pula meminta saya untuk hentikan pemasangan pagar berelektrik ini, kerana mengambil kira keselamatan orang luar,” katanya.
Dalam pada itu, peladang-peladang harumanis yang ditemui ini secara umumnya berharap masyarakat setempat dapat lebih aktif, peka dan bersama untuk membantu mencegah masalah kecurian.
Selain itu, mereka turut berharap pihak berwajib dapat menyediakan lebih banyak kursus dan latihan kepada petani dan golongan belia supaya mereka lebih lengkap dengan kemahiran.
Ini, kata mereka, sekali gus dapat mengurangkan kes kecurian dan pada masa sama memastikan buah harumanis yang dikeuarkan berkualiti.
Dania Zainuddin
Sun Apr 29 2018
![Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524962018_Harummanis.jpg)
Mangga harumanis yang telah menjadi keistimewaan negeri Perlis ini pada musim kemuncak boleh dijual sehingga RM45 sekilo. - Gambar hiasan
![Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722045153_tbManchesterCity.jpg)
Ederson nafi cemburu dengan rakan sepasukan di Manchester City
Ederson menjelaskan laporan yang diterbitkan oleh The Athletic adalah palsu sama sekali.
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![FGV: Felcra tarik balik kerjasama untuk teroka perniagaan ladang tenusu di Perlis FGV: Felcra tarik balik kerjasama untuk teroka perniagaan ladang tenusu di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592929555_FELCRA.jpg)
FGV: Felcra tarik balik kerjasama untuk teroka perniagaan ladang tenusu di Perlis
Felcra Bhd memutuskan untuk menarik balik kerjasama dengan FGV Holdings Bhd dan Baladna Food Industries Co WLL yang berpangkalan di Qatar untuk meneroka perniagaan ladang tenusu di Chuping, Perlis.
![PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000 PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587613064_PGA.jpg)
PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000
Menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua kedua suspek melarikan diri dan meninggalkan motosikal serta dua guni berisi daun ketum itu.
![Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524962018_Harummanis.jpg)
Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.
![Empat negeri di Semenanjung catat bacaan suhu tertinggi pada Sabtu Empat negeri di Semenanjung catat bacaan suhu tertinggi pada Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458487797_CuacaPanas.jpg)
Empat negeri di Semenanjung catat bacaan suhu tertinggi pada Sabtu
Chuping di Perlis mencatat bacaan suhu paling tinggi iaitu 39.5 darjah Celsius diikuti Alor Setar di Kedah yang mencatat 39.1 darjah Celsius.