Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.
Dr Wan Azizah berkata reputasi Suu Kyi sebagai Pemenang Hadiah Keamanan Nobel tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kempen keganasan yang berlarutan sekian lama itu.
"Kita dulu pun sama-sama mengetengahkan demokrasi di Myanmar.
"Saya berasa kesal Aung San Suu Kyi tidak membuat apa yang dulunya kita sama-sama rasakan bahawa dia perlu campur sama," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menemui Federica Maria Mogherini, Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar Negeri dan Dasar Keselamatan pada Khamis.
Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuan dua hala dengan wakil EU di luar mesyuarat Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-12 (ASEM) itu, Federica Maria membangkitkan masalah pelarian Rohingya kerana Malaysia antara jiran Myanmar yang mendapat limpahan pelarian yang diusir.
"Beliau (Federica Maria) sendiri telah melawat kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh, dan mahu cara terbaik untuk menangani masalah tersebut kerana ramai yang menanggung beban kemanusiaan ini.
"Saya memberitahu kita telah mengambil ramai pelarian Rohingya ini dan cuba sedaya upaya menolong. Kita juga mahu etnik Rohingya berada dalam Myanmar itu sendiri sebagai kerajaan antara junta dan sivil," kata Dr Wan Azizah.
Laporan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut tentera Myanmar perlu disiasat atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya, namun negara itu menolak laporan itu dengan alasan ia 'berat sebelah'.
Suu Kyi yang pernah dilihat sebagai aktivis berprinsip dan suara untuk hak asasi manusia sejagat, kini berdepan tekanan antarabangsa kerana membiarkan kekejaman tentera negaranya itu.
Dr Wan Azizah tiba di sini pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan ASEM yang bermula semalam (Khamis).
Sidang Kemuncak ASEM selama dua hari itu menghimpunkan ketua-ketua negara atau kerajaan 51 negara Eropah dan Asia, wakil daripada EU dan Setiausaha Agung ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
Dr Wan Azizah tiba di Brussels pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan ASEM yang bermula Khamis. --fotoBERNAMA
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.