Wan Azizah sedia bincang isu peralihan PM dalam Majlis Presiden PH

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 26, 2019 04:30 MYT
Wan Azizah Wan Ismail di majlis pelancaran Kempen Cintai Alam Sekitar, di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang berkenaan isu peralihan jawatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perkara itu telah dipersetujui sebelum ini.
“Boleh juga kita (Majlis Presiden Pakatan Harapan) jumpa. Tapi kita dah… macam seperti mana Tan Sri (Muhyiddin) kata, dia (perjanjian) dah tandatangani,” jawabnya ringkas selepas melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar, di sini hari ini.
Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terperinci seharusnya dibincangkan secara muafakat dalaman antara pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Muhyiddin turut mengakui soal peralihan kuasa disebut ketika perjanjian awal antara empat pemimpin melibatkan beliau, Wan Azizah (ketika itu Presiden PKR); Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
BACA: "Ada perjanjian bertulis peralihan kuasa" - Anwar Ibrahim
BACA: Peralihan kuasa PM dimeterai 7 Januari 2018, dedah Anwar
#Anwar Ibrahim #Mahathir Mohamad #Majlis Presiden Pakatan Harapan #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #peralihan jawatan #Perdana Menteri #Wan Azizah Wan Ismail