Wan Ji disyaki sebar fitnah dakwa dipukul dalam penjara

Sinar Harian
Julai 20, 2019 02:50 MYT
Wan Ji sebelum ini mendakwa dirinya dipukul individu bertopeng yang memakai pakaian warden ketika menjalani hukuman setahun penjara selepas mahkamah tinggi menolak rayuannya. - Gambar fail/Sinar Harian
Pendakwah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin kini berhadapan siasatan polis kerana disyaki menyebarkan fitnah dengan mendakwa dirinya dipukul semasa berada dalam penjara.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pihak penjara telah membuat laporan polis berkenaan isu itu terhadap Wan Ji.
Wan Ji sebelum ini mendakwa dirinya dipukul individu bertopeng yang memakai pakaian warden ketika menjalani hukuman setahun penjara selepas mahkamah tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu.
Mahkamah tinggi kemudian membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap penceramah bebas berusia 37 tahun itu berkuat kuasa 12 Julai.
#Fadzil Ahmat k #jenayah #Ketua Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Selangor #mahkamah #siasatan #Sultan Selangor #Wan Ji Wan Hussin