Orang Melayu merupakan kaum yang paling ramai ditahan dalam Op Cantas Khas yang dijalankan di seluruh negara pada 17 Ogos hingga 13 November lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi berkata sebanyak 807,016 pemeriksaan telah dilakukan dalam Op Cantas itu dan seramai 29,627 orang telah ditahan.
Katanya dari jumlah tersebut 12,645 merupakan orang Melayu manakala 6,770 orang India, 3,477 orang Cina dan lain-lain bangsa 6,735 orang.
Beliau berharap dengan pendedahan statistik tersebut, ia dapat menepis persepsi segelintir masyarakat bahawa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan Ops Cantas Khas berdasarkan warna kulit.
“Banyak yang kena tangkap adalah orang melayu. Jadi saya tidak setuju dengan ada yang mengatakan bahawa ini (Op Cantas Khas) ditarget kepada satu satu etnik, menteri color blind. Ia tidak pilih sesiapa.
“Polis bergerak mengikut penglibatan kongsi gelap. Jadi ini menafikan apa sahaja tuduhan yang mengatakan ada kumpulan kongsi gelap diberi kemudahan, tidak diambil. Itu tidak betul,” katanya dalam satu temubual khas bersama Astro AWANI di pejabatnya disini, pada Khamis.
Sepanjang Op Cantas Khas itu juga PDRM telah berjaya merampas 874 jenis senjata api dan bahan letupan telah dirampas.
Peluru merupakan bahan letupan yang paling banyak dirampas iaitu 2,127 butir selain 45 laras senjata api, 32 senapang angin buatan sendiri, 6 laras senapang patah dan sebutir bom tangan.
Antara senjata berjadual yang paling banyak dirampas ialah pisau sebanyak 291 bilah dan parang 235 bilah.
Mengulas lanjut katanya, sejak Op Cantas Khas dijalankan, kadar jenayah menunjukkan penurunan mendadak bagi semua kes keganasan dan harta benda.
“Saya yakin dengan kerjasama serta peranan yang dimainkan semua pihak, kadar jenayah di Malaysia akan terus menurun,” katanya.
Khairunnisa Kasnoon
Thu Nov 14 2013
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Op Cantas: 12 lelaki warga India, Bangladesh ditahan dalam bas ekspres
Polis menahan lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bas ekspres di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.
PRN: 400 tangkapan dibuat menerusi Op Cantas - Ketua Polis Negara
Sebanyak 400 tangkapan telah dibuat menerusi Op Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan ketenteraman awam dapat dikekalkan.
Pasangan kekasih berbalah, tujuh individu ditahan polis
Tangkapan itu susulan sebuah video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di pasar itu yang tular di media sosial baru-baru ini.
Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan
Wanita itu ditahan polis di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenerak dekat Tawang, Bachok.
PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang
Hasil pemeriksaan menemui empat lelaki dan dua wanita itu dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras selain menghisap dadah.
Perut terburai ditikam dalam pusat hiburan
Cemburu kerana bekas kekasih mempunyai teman lelaki lain dipercayai motif kejadian tikam yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Jalan Abu Siti di sini awal pagi tadi.
Datuk antara 18 anggota geng 04 ditahan di P. Pinang
Seorang lelaki bergelar datuk adalah antara 18 lelaki disyaki anggota geng kongsi gelap 04 yang ditahan dalam operasi polis di sekitar Pulau Pinang pada 30 dan 31 Okt lepas.
Wan Junaidi: Orang Melayu paling ramai ditahan dalam Op Cantas Khas
Wan Junaidi berkata sebanyak 807,016 pemeriksaan telah dilakukan dalam Op Cantas itu dan seramai 29,627 orang telah ditahan.
Polis Pulau Pinang giat buru 1,200 anggota kongsi gelap
Polis Pulau Pinang kini sedang memburu 1,200 anggota kongsi gelap yang menganggotai 14 kumpulan yang bergiat aktif di negeri itu.
Op Cantas Khas - 70 ditahan
Operasi bersepadu libatkan PDRM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta dibantu oleh Pasukan Gerakan Am daripada Batalion 4 dan 8.