awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Junaidi, Speaker Parlimen Ghana adakan mesyuarat dua hala

Bernama
Bernama
06/10/2023
03:28 MYT
Wan Junaidi, Speaker Parlimen Ghana adakan mesyuarat dua hala
Bangbin turut mengucapkan penghargaan kepada Wan Junaidi yang mengetuai delegasi Malaysia di persidangan tersebut atas penyertaan yang konstruktif. - Foto FB Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Speaker Parlimen Ghana Alban Sumana Kingsford Bagbin di luar Persidangan Parlimen Komanwel ke-66, di Ghana pada Khamis.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan itu, Bangbin menggalakkan penyertaan Malaysia dalam sektor ekonomi dan pelaburan di Ghana selain meningkatkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.
Bangbin turut mengucapkan penghargaan kepada Wan Junaidi yang mengetuai delegasi Malaysia di persidangan tersebut atas penyertaan yang konstruktif.
Sementara itu, Wan Junaidi menyampaikan penghargaan kepada Bangbin dan jawatankuasa penganjur kerana telah menyediakan platform kepada Malaysia untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara aktif selain memberikan sambutan dan hospitaliti yang mesra.
Mesyuarat dua hala itu adalah pertemuan pertama antara Wan Junaidi dan Bangbin sejak dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, pada Jun lepas.
Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta dua Ahli Dewan Negara Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Isaiah D Jacob.
Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Ghana berlangsung dari 30 Sept hingga 6 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Speaker Parlimen Ghana
#Yang Dipertua Dewan Negara
#Alban Sumana Kingsford Bagbin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan