KUANTAN: Dua individu mengalami kerugian RM42,460 selepas menjadi mangsa kepada sindiket penipuan Macau Scam dalam dua kejadian berasingan di daerah ini pada Ahad lalu.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kes pertama melibatkan seorang penganggur wanita berusia 33 tahun yang menerima panggilan telefon daripada seorang individu mengaku sebagai wakil syarikat penerbangan negara ini.
Menurutnya, mangsa dimaklumkan mempunyai mata terkumpul dengan syarikat penerbangan itu dan perlu menukarnya dalam bentuk wang ringgit.
"Mangsa diarahkan supaya memberikan maklumat perbankan dan nombor kata laluan kepada suspek bagi urusan penukaran mata itu.
"Selepas semua maklumat perbankan didedahkan, mangsa kemudian membuat semakan dan mendapati wang simpanan berjumlah RM10,000 telah tiada di dalam akaun bank miliknya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mohd Wazir berkata, kes kedua pula melibatkan seorang penjawat awam yang menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengaku sebagai pegawai farmasi kawalan ubat di Petaling Jaya, Selangor dikenali Mohd Ridzuan Abdullah.
Menurutnya, mangsa merupakan wanita berusia 41 tahun didakwa telah mengambil ubat sebanyak lapan kali di Klinik 1Malaysia Kampung Ampang Baru, Ipoh, Perak, namun dia menafikannya.
Susulan itu katanya, panggilan tersebut telah disambungkan kepada dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis tanpa disedari mangsa.
Mohd Wazir berkata, dua individu berkenaan memperkenalkan diri sebagai Sarjan Kuha dan Inspektor Yong mendakwa mangsa terlibat dengan jenayah dan meminta memindahkan wang simpanannya ke dalam bank lain bagi tujuan siasatan.
"Suspek turut mengugut untuk membekukan semua aset milik mangsa dan penangkapan ke atas dirinya akan dibuat jika tidak memberikan kerjasama.
"Mangsa yang ketakutan telah menyerahkan kata laluan akaun perbankan miliknya dan pemindahan wang dilakukan sebanyak RM28,000.
"Selepas itu, mangsa memberikan lagi Kod Kebenaran Transaksi (TAC) seperti yang diminta Inspektor Yong dan suspek mengarahkan mangsa memadam semua bentuk pesanan yang telah diterima," katanya.
Mohd Wazir berkata, susulan itu, kedua-dua mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan pada petang Isnin.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Pihak polis sedang mengenal pasti suspek yang terlibat dan rakaman percakapan kedua mangsa telah dilakukan sejurus mereka membuat laporan itu," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Feb 15 2022

Dua wanita di Kuantan masing-masing kerugian RM10,000 dan RM32,460 ditipu Macau Scam.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.

Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.

Macau Scam: Guru dakwa rugi RM187,000
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia.

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

Macau Scam: Guru kena tipu, wang pencen arwah suami RM233,480 lesap
Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.