awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang hantaran deejay radio dikebas penyamun

Bernama
Bernama
31/10/2012
10:01 MYT
Wang hantaran deejay radio dikebas penyamun
Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di Kuala Terengganu awal pagi tadi.
Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.
Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.
Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.
"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.
"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya.
Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam 'dashboard' keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 Nov ini.
Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.
"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.
Topic Berkaitan
#deejay
#hantaran
#Kuala Terengganu
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan