awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita bawa motosikal berkuasa tinggi maut terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2023
21:45 MYT
Wanita bawa motosikal berkuasa tinggi maut terbabas
Menurut polis, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan besi.
KAJANG: Seorang wanita maut setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 15.3 Lebuhraya Cheras-Kajang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 2.47 pagi.
"Mangsa berumur 36 tahun menunggang motosikal jenis Kawasaki Z1000 menghala dari arah Kepong menuju ke Sungai Long.
"Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan besi yang berada di lebuh raya tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kejadian mengakibatkan mangsa kecederaan parah pada bahagian muka.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
"Selain itu, orang ramai turut boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2194013 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal berkuasa tinggi
#penunggang motosikal maut
#Lebuhraya Cheras-Kajang
#Kawasaki Z1000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan