MALAYSIA
Wanita berpakaian kostume anime maut terjatuh kondominium

Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Bayan Lepas pada malam tadi. - Foto Sinar Harian
BALIK PULAU: Seorang wanita berpakaian kostum anime menyerupai karakter ‘Kurumi Tokisaki’ ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bayan Lepas, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, mayat mangsa dijumpai orang awam di kawasan parkir berhampiran blok kediaman selepas mereka terdengar bunyi dentuman kuat.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi dentuman sebelum keluar rumah untuk memeriksanya.
“Pada mulanya kami (penduduk) sangka bunyi gegaran, tetapi apabila keluar rumah ternampak seorang wanita sudah terbaring di atas jalan,” katanya.Mangsa sebelum ini dilihat sering berada di kawasan lobi kondominium dengan memakai kostum anime.
Difahamkan, kali terakhir mangsa kelihatan bersama seorang wanita dipercayai ibunya pada hari kejadian.
Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 12.30 tengah malam untuk dibedah siasat. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami