Wanita cedera dalam kebakaran kedai di Felda Tersang 1

Azee Shafy
Julai 23, 2022 03:40 MYT
Seorang wanita berusia 43 tahun nyaris maut apabila sebuah Kedai MARA di Felda Tersang 1, di sini, terbakar jam 2.37 pagi hari ini. -Astro AWANI
RAUB: Seorang wanita berusia 43 tahun nyaris maut apabila sebuah Kedai MARA di Felda Tersang 1, di sini, terbakar jam 2.37 pagi hari ini.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Raub dan Balai Bomba Sungai Koyan bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.
"Dalam kejadian itu, mangsa berjaya diselamatkan, namun mengalami kecederaan di bahagian muka.
"Mangsa telah dihantar untuk rawatan susulan.
"Seorang lagi mangsa, lelaki dewasa turut cedera, namun telah dibawa ke klinik berdekatan sebelum pasukan bomba tiba," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, kebakaran itu melibatkan dua unit kedai runcit dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.42 pagi.
#Kedai MARA #Felda Tersang 1 #Balai Bomba Raub #wanita berusia 43 tahun nyaris maut