MALAYSIA
Wanita cedera selepas dikelar suami sendiri
Sazalee berkata kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto fail/BERNAMA
BAYAN LEPAS: Seorang wanita cedera selepas dikelar oleh suaminya dalam satu pertelingkahan yang berlaku di Taman Tunas, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek turut mengelar dirinya sendiri dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi.
Menurut beliau, pihak polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 berhubung insiden membabitkan pasangan suami isteri berkenaan.
“Pihak polis menerima panggilan pada jam 6 pagi mengenai pergaduhan antara suami dan isteri, di mana si suami telah mengelar isterinya sebelum bertindak mengelar diri sendiri.
“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.