MALAYSIA
Wanita cuba dekati Sultan Perak diperintah jalani rawatan lanjut sebulan di Hospital Bahagia
Nurhaswani Afni dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Wanita yang ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama untuk mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos lalu, didakwa hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap baginda.
Tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41 tahun, juga diperintah menjalani rawatan lanjut selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Perintah terhadap Nurhaswani Afni dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret di sini.
Bagaimanapun, tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin di hadapan Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, kira-kira jam 8.20 pagi, 31 Ogos.
Dia didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon agar pertuduhan dibacakan tanpa pengakuan diambil memandangkan semasa proses penahanan siasatan dan pemeriksaan awal, tertuduh didapati mempunyai penyakit skizofrenia.
Pihak pendakwaan turut memohon untuk pemeriksaan lanjut di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah lanjutan pemeriksaan dan pemantauan awal ke atas tertuduh di bawah Seksyen 11 dan 14 Akta Kesihatan Mental 2001.
Menurut Nasrul Hadi, pemeriksaan lanjut itu bagi tujuan pengesahan penyakit skizofrenia serta sama ada tertuduh semasa kejadian mempunyai kewarasan dan boleh untuk membuat pengakuan bagi dibicarakan.
Selain Nasrul Hadi, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzah Farzana Mohd Tafkir manakala tertuduh diwakili peguam M Saravanan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Pada 31 Ogos lalu, media melaporkan seorang wanita dilihat berlari ke arah Sultan Nazrin yang sedang berdiri memberi tabik hormat sewaktu lagu kebesaran negeri Perak sedang dimainkan.
Semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain rekod rawatan psikiatri yang kini berada di bawah pengawasan pakar.