awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita curi beg dalam pejabat bomba sukarela ditahan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2025
06:45 MYT
Wanita curi beg dalam pejabat bomba sukarela ditahan polis
Seorang wanita dirakam mencuri beg di dalam pejabat bomba sukarela di Bagan Ajam pada Ahad lalu.
BUTTERWORTH: Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki di pejabat Bomba Sukarela, Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam, di sini pada Ahad lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C Tharmalingam berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 20 April lalu sekitar jam 10.20 malam apabila wanita berkenaan yang menaiki motosikal masuk ke dalam kawasan pejabat bomba sukarela itu.
Menurutnya, ketika kejadian, anggota bomba sukarela tersebut sedang tidur dan hanya menyedari beg sandang miliknya telah hilang selepas terjaga.
“Hasil siasatan awal dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek merupakan seorang wanita tempatan yang menaiki motosikal memasuki pejabat berkenaan sebelum melarikan beg sandang milik pengadu.
“Selepas mendapatkan beg berkenaan, wanita terbabit terus bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Selasa.
Terdahulu, tular satu rakaman video CCTV yang memaparkan kejadian curi beg di pejabat bomba sukarela di Bagan Ajam.
Wanita berkenaan dilihat memakai baju berwarna merah dan bertopi keledar ketika masuk ke dalam pejabat tersebut, sebelum melarikan beg sandang.
Kelihatan juga seorang lelaki sedang tidur di atas sofa berhampiran dan tidak menyedari perbuatan wanita itu.
Tharmalingam berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing turut didapati negatif.
Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
“Pihak polis meminta orang ramai agar tidak mensensasikan kes ini kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Nike Carlsdeon Anak Tony Enggang di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes curi
#balai bomba
#Tular
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan