ALOR SETAR: Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 9 tahun dipukul oleh seorang guru dengan menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita berusia 32 tahun berhubung kejadian berkenaan yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Kedah.
Menurutnya, laporan dibuat oleh wanita berkenaan pada jam 4.36 petang pada hari tersebut.
"Semasa mengambil anaknya di sekolah pada jam 1 petang, dia mendapati lengan bahagian kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya mengalami kecederaan.
"Mangsa memaklumkan gurunya yang memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
Ahmad Shukri berkata, bagaimanapun kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihaknya dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tular kenyataan wanita tersebut di Facebook apabila mendakwa guru terbabit memukul anaknya dengan pembaris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada Khamis.
Berita asal: Wanita dakwa anak dipukul guru sebab tak siapkan kerja sekolah
Sinar Harian
Fri Apr 23 2021
Lengan murid berusia 9 tahun yang cedera dipercayai dipukul guru dengan pembaris kerana didakwa tidak menyiapkan kerja sekolah. -Facebook @Norfairnani Emran
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Wanita dakwa anak dipukul guru kerana tidak siap kerja sekolah
Mangsa memaklumkan gurunya yang memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak siap kerja sekolah.