awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
Mogok terbesar dalam sejarah New York susulan kegagalan rundingan kontrak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dalam video perbualan bersama Albert Tei hadir beri keterangan di SPRM

Bernama
Bernama
27/11/2025
13:33 MYT
Wanita dalam video perbualan bersama Albert Tei hadir beri keterangan di SPRM
Wanita itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 2.30 petang ditemani peguamnya, R. Shugan dan setakat 8 malam, proses mengambil keterangannya belum selesai.
PUTRAJAYA: Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan wanita yang dilihat dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan Albert Tei bagi membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Wanita itu tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada 2.30 petang ditemani peguamnya, R. Shugan dan setakat 8 malam, proses mengambil keterangannya belum selesai.
Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan telah menghubungi Shamsul Iskandar dan dimaklumkan beliau tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Sabah dan akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM petang esok.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mahu siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Tei dan Shamsul Iskandar, diselesaikan segera dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh dua minggu.
Selasa lepas, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keterangan
#SPRM
#Albert Tei
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan