awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dengan tag merah jambu di Temerloh tiada kaitan COVID-19

Bernama
Bernama
22/09/2020
06:45 MYT
Wanita dengan tag merah jambu di Temerloh tiada kaitan COVID-19
Menurut Dr Bahari, pemakaian tag merah jambu adalah amalan biasa bagi mana-mana pesakit wanita yang dimasukkanke wad. - Gambar fail/MSQH
Jabatan Kesihatan Pahang hari ini mengesahkan bahawa wanita yang memakai tag merah jambu di sebuah restoran popular di Temerloh baru-baru ini, bukan pesakit atau sedang menjalani arahan kuarantin berkaitan pandemik wabak COVID-19.
Pengarahnya Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata wanita itu sebenarnya adalah bekas pesakit Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh dan dipercayai singgah ke restoran itu bersama ahli keluarganya sebaik sahaja dibenarkan keluar.
"Tag (berwarna merah jambu) itu tidak ditanggalkan dari pergelangan tangan pesakit semasa proses discaj. Pemakaian tag merah jambu adalah amalan biasa bagi mana-mana pesakit wanita yang dimasukkanke wad.
"Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku sehingga menyebabkan kerisauan kepada masyarakat," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Dr Bahari berkata pihaknya juga memohon maaf kepada pemilik restoran tersebut yang turut terkesan dengan penularan gambar wanita memakai tag merah jambu itu di laman sosial.
Ahad lepas, gambar seorang wanita bertudung hitam makan di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan ikan patin di Temerloh tular di laman sosial Facebook kerana tangan kanannya mempunyai tag merah jambu, yang merupakan satu daripada lima warna tag berkaitan wabak COVID-19.
Mereka yang diwajibkan memakai tag itu seharusnya mematuhi larangan berada di kawasan umum sebagai langkah pencegahan penularan wabak berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#HOSHAS
#Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
#Jabatan Kesihatan Pahang
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan