awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dibakar hidup-hidup hingga mati kerana tolak pelawaan seks

Agensi
Agensi
06/03/2018
02:35 MYT
Wanita dibakar hidup-hidup hingga mati kerana tolak pelawaan seks
Yadav didakwa memanggil Reena yang sudah berkahwin ke biliknya pada pagi Jumaat selain cuba merogol wanita itu. - Gambar hiasan
GARA-GARA keinginan seks tidak ditunaikan, seorang lelaki bertindak menyimbah minyak tanah ke atas seorang wanita sebelum membakarnya hidup-hidup.
Wanita dikenal pasti sebagai Reena Koli berusia 35 tahun itu kemudian dibawa ke hospital di Kota namun disahkan meninggal dunia akibat melecur teruk.
Bagaimanapun, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Rambharan Yadav, 31, ditahan di sebuah stesen kereta api Kawai pada Ahad, kata polis menurut laporan Times of India.
Polis berkata, kedua-dua mereka merupakan penyewa bersama sebuah bangunan.
Yadav didakwa memanggil Reena yang sudah berkahwin ke biliknya pada pagi Jumaat selain cuba merogol wanita itu.
Polis berkata bahawa selepas mangsa menolak kemahuan seksual Yadav, lelaki itu berang lalu menyimbah minyak tanah ke atas Reena dan membakarnya sebelum melarikan diri.
Polis dalam satu kenyataan memberitahu, sebelum Reena meninggal dunia, wanita itu berkata Yadav telah menyimbah minyak tanah dan membakarnya selepas dia enggan menjalinkan hubungan seks.
Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga pada Sabtu lalu selepas bedah siasat selesai.
Topic Berkaitan
#bakar
#keinginan seks
#kereta api
#melecur
#membakar
#minyak tanah
#Rambharan Yadav
#Reena Koli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan