awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek

Sinar Harian
Sinar Harian
21/03/2024
08:23 MYT
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Tangkap layar berita yang tular dalam media sosial berkenaan seorang wanita tidak dibenarkan berjumpa doktor di HSA Johor Bahru pada Rabu kerana memakai seluar pendek. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang wanita dihalang oleh pengawal keselamatan untuk masuk bertemu doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Rabu kerana memakai seluar pendek.
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Dia mendakwa, pengawal keselamatan tersebut juga menjerit dengan mengeluarkan kata-kata menghina dan bersifat perkauman terhadapnya.
"Saya hanya dibenarkan masuk selepas seorang jururawat memberikan sehelai seluar panjang. Selepas bertemu doktor pengawal keselamatan yang sama datang dan beritahu 'sudah habis kena keluar'.
"Eh ini pengawal keselamatan hospital ke penjara? Saya kemudian bertemu dengan pihak pengurusan hospital, pengawal keselamatan dan penyelia," katanya.
Carol Yong berkata, pihak pengurusan HSA dan pengawal keselamatan tersebut kemudian memohon maaf dan dia mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kes tersebut dianggap sudah selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan mengadakan perbincangan.
"Kes ini telah diselesaikan dengan cara musyawarah. Kami dah bagi teguran, biar pihak konsesi iaitu syarikat keselamatan untuk ambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu insiden tersebut tular dalam media sosial dan mengundang rasa tidak puas hati netizen termasuk ada yang berkongsi layanan dan pengalaman lain semasa mendapat di HSA. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Aminah
#Seluar pendek
#Carol Yong
#pengawal keselamatan
#janji temu bersama doktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan